WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 27 Jun 2011

MESYUARAT SPKM DAN ANTARA AGENSI KALI KE 2/2011



Pegawai HEP Selangor Mesir, selaku salah seorang  Home based Staff (HBS) Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah(KBMK)  telah dijemput menghadiri sesi Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia(SPKM) & Mesyuarat Antara Agensi KBMK yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) pada 14 Jun 2011.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Dr. Fakhruddin bin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia ke Mesir merupakan paltform yang terbaik bagi pihak kakitangan yang bertugas di luar negara(Mesir) untuk memberikan laporan, mengadakan perbincangan tentang isu-isu kebajikan, pendidikan, keselamatan dan apa jua permasalahan kepada pihak KBMK dan Education Malaysia of Egypt(EME) bagi memastikan setiap kakitangan yang bernaung di bawah KBMK dapat bertugas dengan lebih baik dan cemerlang.

Pelbagai isu dan perkara telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini yang bertujuan sebagai penyelarasan kerja dan maklumat di antara pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah(KBMK) dengan para kakitangan HBS dan Ketua-ketua GLCs.

Mesyuarat ini juga merupakan medan ukhuwah dan tali penghubung antara kakitangan pelbagai agensi yang bernaung di bawah KBMK untuk saling berkenalan dan bertukar-tukar pandangan.

Semoga sesi mesyuarat ini memberi natijah yang baik demi memastikan tugas dan amanah yang dipikul oleh pegawai dan kakitangan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi maslahah rakyat Malaysia khususnya para pelajar Malaysia yang berada di bumi Mesir ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail