Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 27 Jun 2011

SALAM PERPISAHAN KHAS DARIPADA PEJABAT HEP SELANGOR MESIR

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan salam perpisahan khas kepada dua (2) orang pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Mesir ini iaitu :  Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan isteri Datin Jamilah Mohd Saleh yang telah menamatkan khidmat beliau dan pulang ke tanahair pada 20 Jun 2011. Yang berbahagia Dato' merupakan Pengarah Department of Malaysia Studies (DMS) di Cairo University. Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir dan warga para pelajar Selangor di Mesir ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti Dato' kepada rakyat Malaysia di Mesir  khasnya segala usaha yang beliau lakukan untuk meningkatkan imej pendidikan Malaysia...

MESYUARAT SPKM DAN ANTARA AGENSI KALI KE 2/2011

Pegawai HEP Selangor Mesir, selaku salah seorang  Home based Staff (HBS) Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah(KBMK)  telah dijemput menghadiri sesi Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia(SPKM) & Mesyuarat Antara Agensi KBMK yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) pada 14 Jun 2011. Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Dr. Fakhruddin bin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia ke Mesir merupakan paltform yang terbaik bagi pihak kakitangan yang bertugas di luar negara(Mesir) untuk memberikan laporan, mengadakan perbincangan tentang isu-isu kebajikan, pendidikan, keselamatan dan apa jua permasalahan kepada pihak KBMK dan Education Malaysia...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail