Kami, kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan : "SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN" kepada seluruh warga Mahasiswa Selangor yang bermukim di Bumi Kinanah Mesir ini. Kami mendoakan semoga Allah memberikan natijah kemenangan kepada anda semua dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya menjadi murabbi kepada ummah, Negeri dan Negara tercinta.
Rakyat dan Negeri Selangor mendambakan sumbangan kalian semua.
Luruskan amanat dengan iktikad,
Selubung sejadah dalam anyaman,
Teruskan semangat dan juga tekad,
Segulung ijazah dalam genggaman.
Ikhlas dari kami :
Mohd Faryzan bin Subkhi,
Pegawai HEP Selangor Mesir
Mohd Daud bin Jamil,
Penolong Akauntan
Azura binti Abdul Rahman,
Kerani