Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 23 Februari 2013

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR MALAYSIA KEPADA UST MOHD FARYZAN BIN SUBKHI SEKELUARGA

Assalamualaikum wrt wbt

Pejabat HEP Selangor di Mesir mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada mantan Pegawai HEP Selangor di Mesir al-Fadhil Ust. Mohd Faryzan bin Subkhi dan isteri beliau Pn. Nur Atiqah Catherine bt Abdullah serta keluarga yang akan berangkat pada hari ini, 23 hb Februari 2013 (Sabtu) melalui penerbangan Egypt Air.

Amat besar jasa dan bakti yang telah disumbangkan oleh beliau sepanjang berkhidmat selama 2 tahun (2010-2012) selaku Pegawai HEP Selangor di Mesir terutamanya dalam mengurus hal ehwal mahasiswa/wi dan menjaga kebajikan anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil. Syaksiah dan peribadi beliau amat dihormati bukan sahaja di kalangan mahasiswa/wi yang menuntut di sini, bahkan juga oleh pegawai-pegawai di kedutaan dan pegawai-pegawai negeri yang sentiasa bermuamalah bersama beliau.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau dan keluarga diberkati dan diganjari oleh Allah SWT. Segala pengalaman yang beliau perolehi di bumi Anbiya diharap mampu digunakan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat di tanah air Malaysia yang tercinta.

Pejabat HEP Selangor di Mesir dan seluruh anak-anak Selangor di Mesir mendoakan agar beliau sekeluarga dipermudahkan perjalanan pulang ke Malaysia dan diberikan kesejahteraan oleh Allah SWT. Semoga ukhuwwah yang terbina akan terus kukuh dan berkekalan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail