Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 11 Februari 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pejabat HEP Selangor Mesir mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL BERBAHAGIA DAN HIDUP DALAM SUASANA MAWADDAH DAN RAHMAH HINGGA KE SYURGA" kepada 2 pasangan mempelai  Fakhrul Ariff Mazlan & pasangannya serta Huzaifa & pasangannya. Semua dijemput hadir pada majlis hari ini  ke kenduri meraikan mereka bermula jam 12 tengah hari di Rumah Selangor, Hayyu Asyir, Kaherah. Saksikan promo ini : http://www.youtube.com/watch?v=b9ZRgUHXw3M&feature=youtu.be Lagu ini ditujukan kepada pasangan pengantin : http://www.youtube.com/watch?v=moZNGtKcOFg&feature=rel...

Jumaat, 10 Februari 2012

SELAMAT DATANG YB DR. ABDUL RANI OSMAN

(Gambar Sempena Pelancaran Program Back To School 2010 anjuran Lembaga Zakat Selangor) Pejabat hal Ehwal Pelajar Selangor dengan rasa berbesar hati ingin merakamkan ucapan Selamat Datang ke bumi Mesir kepada Yang Berhormat Dr. Abdul Rani Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Meru. Semoga kehadiran beliau menziarahi anak-anak Selangor di bumi barakah ini menceriakan kami yang merantau jauh dari tanahair tercinta. Untuk makluman, YB Dr. Abdul Rani Osman berada di Mesir sempena lawatan tidak rasmi beliau selama 5 hari mulai 10 Februari 2012 sehingga 14 Februari 2012. AHLAN WA SAHLAN YA BE...

Rabu, 8 Februari 2012

KEY PERFORMANCE INDICATOR (K.P.I) TARBIYAH (Siri 1)

Buku K.P.I Tarbiyah TAHUKAH ANDA? KPI Tarbiyah ini merupakan satu program yang diwujudkan sebagai usaha dan mekanisme yang praktikal untuk menilai tahap prestasi akhlak dan syakhsiyah mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan yang menuntut di Mesir. Selangor merupakan perintis ke arah mewujudkan satu sistem yang tersusun ini yang bertujuan untuk menilai dan mengukur pelajar dari sudut akhlak, peribadi dan keterampilan dengan matlamat untuk membantu pelajar/mahasiswa membina keperibadian mulia dan baik.   APAKAH YANG DINAMAKAN K.P.I TARBIYAH INI? K.P.I  adalah singkatan kepada Key Performance Indicator, yang merupakan indikasi penilaian dan pengukuran prestasi sesuatu.  Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail