Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Selasa, 11 Jun 2013

PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI 2012/2013 BAGI PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SESI 2013/2014

Assalamualaikum wrt. wbt.

Perhatian kepada seluruh mahasiswa/wi Selangor di Mesir, khasnya penerima bantuan Dermasiswa Zakat dan Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Lembaga Zakat Selangor. Berikut dikemukakan beberapa maklumat penting berkaitan penghantaran keputusan peperiksaan bagi sesi pengajian 2012/2013 : 

1. TEMPOH PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pejabat HEP Selangor Mesir (PHEPSM) ingin memaklumkan, bagi permohonan bantuan zakat sesi pengajian 2013/2014 yang akan datang , tempoh penghantaran keputusan peperiksaan sesi 2012/2013 hanya akan dibuka sebanyak 2 KALI sahaja sebagaimana berikut :

i.   Sehingga 31 OKTOBER 2013

ii.  Sehingga 31 Disember 2013

Oleh itu, pelajar dikehendaki menghantar segera keputusan peperiksaan beserta terjemahan ke PHEPSM berdasarkan tempoh-tempoh di atas selepas keputusan diperolehi dari pihak universiti. PHEPSM tidak akan menerima/melayan penghantaran yang melewati tempoh tersebut.   

2. KAEDAH PENGHANTARAN

Untuk makluman juga, penghantaran keputusan peperiksaan mestilah dibuat secara "BY-HAND" kepada pihak PHEPSM. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke PHEPSM kerana berada jauh di muhafazah atau pulang ke Malaysia, keputusan peperiksaan tersebut boleh dihantar melalui "WAKIL" untuk diserahkan kepada pihak PHEPSM.

Pihak PHEPSM tidak akan melayan atau menerima sebarang penghantaran keputusan peperiksaan melalui email.

3. REKOD PENGHANTARAN

Pelajar diwajibkan untuk mencatat maklumat-maklumat peribadi di dalam buku rekod penghantaran keputusan peperiksaan yang disediakan oleh PHEPSM sebagai bukti penghantaran. Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperlukan

1. NAMA PENUH
2. NOMBOR KAD PENGENALAN
3. BIDANG & FAKULTI PENGAJIAN
4. NAMA UNIVERSITI
5. TAHUN PENGAJIAN SESI 2012/2013
6. STATUS PENGAJIAN SESI 2013/2014 ( NAIK TAHUN/GAGAL/MENGULANG   
    TAHUN)
7. STATUS BANTUAN ( DERMASISWA ZAKAT atau  BANTUAN UMUM PELAJARAN)
8. NO. TELEFON
9. ALAMAT E-MAIL

PHEPSM juga sedang melaksanakan program kemaskini database mahasiswa/wi Selangor di Mesir. Justeru, maklumat berkaitan no. telefon dan alamat e-mail pelajar adalah wajib dicatat di dalam buku rekod tersebut.

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail