Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Khamis, 14 Februari 2013

PEKELILING KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH : Masalah Urusan Pembaharuan Visa di Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah, Abbassiah




Assalamualaikum wbt,

YBhg. Datuk / Tuan,

Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara tersebut di atas.

2.    Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sedia maklum akan kesulitan majoriti pelajar Malaysia di sekitar Kaherah pada setiap tahun dalam memperbaharui visa yang hanya dibenarkan pada hari Sabtu sahaja. Dalam hal ini, KBMK telahpun mengambil beberapa langkah bagi memastikan supaya para pelajar Malaysia dapat diberikan kemudahan yang sewajarnya dalam menyelesaikan urusan memperbaharui visa di Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah. 

3.    Sementara menunggukan kemudahan yang sewajarnya diberikan oleh pihak berkuasa Mesir, KBMK ingin mencadangkan supaya salinan surat makluman balas daripada Kementerian Luar Negeri Mesir (Asia Tenggara dan ASEAN)  ruj. 43 bertarikh 5 Februari 2012 digunakan sebagai usaha sementara bagi menyelesaikan masalah hari yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah. Ini bermakna, selain daripada hari Sabtu, para pelajar disarankan juga untuk mencuba berurusan dengan pihak Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah pada hari Isnin.  Sila rujuk Lampiran.

4.    Segala maklum balas keberkesanan / masalah lain yang berkaitan dengan urusan ini bolehlah dimajukan kepada Setiausaha Kedua (Pentadbiran / Konsular) KBMK dan disalinkan kepada saya untuk tindakan susulan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

SHAIFUL ANUAR MOHAMMAD
Ketua Canseri
KBMK
  

s.k.    TYT Dato' Duta Besar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail