Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Khamis, 4 Ogos 2011

WAKTU PERKHIDMATAN SEMPENA RAMADHAN



Dimaklumkan bahawa waktu perkhidmatan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir sepanjang Bulan Ramadhan ialah :

8.30 PAGI SEHINGGA 2.30 PETANG
(SETIAP HARI AHAD - KHAMIS)
Tiada Waktu Rehat



Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN KARIM 1432H


Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H. Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu satu hikmah, pengajaran dan keberkatan buat kita semua demi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Jadikan jua Ramadhan ini sebagai titk permulaan untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Semoga sentiasa tetap dalam prinsip dan perjuangan Islam.

Ramadhan Kareem.


TEMPOH PENGHANTARAN NATIJAH TELAH DITUTUP



Tempoh penghantaran natijah peperiksaan bagi pelajar sesi 2009/2010 telah DITUTUP. Sebarang masalah yang timbul, sila rujuk kepada pihak Pejabat HEP Selangor Mesir ditalian : +2022-4092392 

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA BERSAMA MUSLIM CARE MALAYSIA




Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H, Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Muslim Care  Malaysia akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana pada :

TARIKH          : 2 OGOS 2011
TETAMU VIP : YB. Ir KHALID BIN SAMAD ( Ahli Parlimen Shah Alam)
TEMPAT         : Dataran Hayyu Asyir
JAM                : 4.30 PETANG
TENTATIF     :   Kehadiran tetamu
                          Kehadiran VIP
                          Ucapan Pengerusi Majlis
                          Ucapan Pegawai HEP Selangor Mesir
                          Majlis Ramah Mesra bersama YB Ir Khalid Samad
                          Tajuk : Ramadhan In Gaza
                          Soalan-Jawab
                          Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah


KEHADIRAN TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA..

Ahad, 31 Julai 2011

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2011






Sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1431 Hijrah, satu majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan di Musolla Darul Ehsan pada 30 Julai 2011. Majlis anjuran Lajnah Dakwah, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ini merupakan program tahunan demi mengimarahkan Bulan Ramadhan al-Mubarak.

Majlis dimulai dengan Talk Show oleh dua ahli panel yang cukup hebat, kemudian diikuti dengan Majlis Perasmian oleh Pegawai HEP Selangor Mesir, Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi.

Antara intipati ucapan pegawai ialah beliau berharap agar para pelajar Selangor akan lebih cemerlang dalam segala spek dengan kedatangan Ramadhan ini. beliau juga berharap ukhuwah sesama mereka meningkat dan jadikan Ramadhan sebagai pemangkin kepada peningkatan akhlak, syakhsiah dan minda.

Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Semoga Ramadhan membawa rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita demi kejayaan di dunia dan di akhirat.

OPS. HIJRAH 2011







 
Mulai 23 Julai sehingga 31 Julai 2011, kerja-kerja pemindahan secara berperingkat ke Asrama Selangor sedang dilaksanakan. Gerakkerja yang tersusun dan teratur hasil kerjasama semua pihak samaada Pejabat HEP Selangor Mesir dan seluruh pelajar Selangor yang diketuai oleh BKASM diharap dapat berjalan mengikut jadual yang disusun dengan sempurna. Berikut adalah fasa-fasa perlaksanaan OPS. HIJRAH ini :

Fasa 1 : 23 - 28 Julai 2011.
- Pemindahan perkakas dan peralatan asrama dari Stor Penyimpanan Hayyu Sabi' ke Dataran Hayyu Asyir. 
- Pemindahan perkakas danperalatan asrama dari Stor Penyimpanan Hayyu Thamin ke Dataran Hayyu Asyir.
- Kerja penilaian kualiti dan evantori berjalan serentak.

Fasa 2 : 28 - 29 Julai 2011.
- Pemindahan perkakas dan peralatan asrama serta barang-barang peribadi pelajar dari Imarah sementara di Hayyu Sabi' ke Dataran hayyu Asyir.
- Kerja-kerja penilaian kualiti perkakas dan peralatan dijalankan serentak.

Fasa 3 :  29 - 31 Julai 2011
- Pemindahan perkakas dan peralatan yang baik dan sempurna ke bilik-bilik pelajar.


Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar.






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail