WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 27 Jun 2011

SALAM PERPISAHAN KHAS DARIPADA PEJABAT HEP SELANGOR MESIR




Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan salam perpisahan khas kepada dua (2) orang pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Mesir ini iaitu : 

Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan isteri Datin Jamilah Mohd Saleh yang telah menamatkan khidmat beliau dan pulang ke tanahair pada 20 Jun 2011. Yang berbahagia Dato' merupakan Pengarah Department of Malaysia Studies (DMS) di Cairo University. Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir dan warga para pelajar Selangor di Mesir ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti Dato' kepada rakyat Malaysia di Mesir  khasnya segala usaha yang beliau lakukan untuk meningkatkan imej pendidikan Malaysia di mata warga Republik Arab Mesir ini.

Salam perpisahan juga ditujukan kepada Tuan Haji Md Zin bin Abu dan isteri, Hajah Habsah Omar yang merupakan Pegawai Anak Negeri Sembilan yang telah menamatkan perkhidmatannya secara rasmi dan pulang ke tanahair pada 24 Jun 2011. Segala ilmu dan kasih sayang yang beliau curahkan kepada warga pegawai-pegawai negeri dan pelajar Negeri Sembilan yang kami anggap beliau sebagai  'ayah'  amat kami hargai dan akan kami manfaatkan dalam kehidupan dan tugas berorganisasi.  

Dipihak Pegawai HEP Selangor dan keluarga, perkenalan yang amat singkat terhadap 2 pegawai yang amat berjasa ini merupakan perkenalan yang amat manis dan berguna dan segala kenangan bersama mereka akan tersemat di dalam hati sebagai antara mata-mata rantai ukhuwah fillah sepanjang hidup kami.

Semoga Dato' dan Tuan Haji serta pasangan, terus memberi khidmat terbaik walau dimana sahaja berada demi agama, bangsa dan negara. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail