Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 18 Jun 2011

DOA KAMI UNTUK ANDA SEMUA - SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN 2011




Kami, kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan :  "SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN" kepada seluruh warga Mahasiswa Selangor yang bermukim di Bumi Kinanah Mesir ini. Kami mendoakan semoga Allah memberikan natijah kemenangan kepada anda semua dalam perjuangan menuntut ilmu seterusnya menjadi murabbi kepada ummah, Negeri dan Negara tercinta.

Rakyat dan Negeri Selangor mendambakan sumbangan kalian semua.

Luruskan amanat dengan iktikad,
Selubung sejadah dalam anyaman,
Teruskan semangat dan juga tekad,
Segulung ijazah dalam genggaman.



Ikhlas dari kami :

Mohd Faryzan bin Subkhi,
Pegawai HEP Selangor Mesir

Mohd Daud bin Jamil,
Penolong Akauntan

Azura binti Abdul Rahman,
Kerani

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail