
Pejabat HEP Selangor Mesir bersama badan kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) meneruskan program ziarah dan lawatan menemui anak-anak Selangor untuk siri ke 7. Kali ini, buat julung kalinya kami menziarahi para pelajar Selangor yang berada di Rumah Amanah Malaysia, Raba'ah El-Adawiyyah yang terdiri daripada mahasiswa pengajian Ulum Islamiyah, Universiti Al-Azhar yang mendapat tajaan penuh oleh pihak AmanahRaya Berhad.
Atas matlamat untuk merapatkan ukhuwah para pelajar Selangor yang berada di bumi Mesir ini, Pejabat HEP Selangor Mesir berusaha untuk menemui seluruh anak-anak Selangor walaupun mereka bukan di bawah tajaan agensi Negeri Selangor. Usaha mengambil cakna soal kebajikan seluruh pelajar Selangor merupakan agenda...