Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 24 September 2012

SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU 2012/2013

Dikesempatan ini, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir selaku agensi yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor ingin merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah ini. Sesungguhnya Allah SWT telah memilih anda semua daripada sekian ramainya sahabat-sahabat kita di tanah air yang berkeinginan untuk hadir ke sini.   Oleh itu, sebagai langkah pertama menjejakkan kaki ke bumi ini, marilah kita semua menanamkan niat dan azam demi memastikan segala usaha dan kerja yang kita laksanakan sepanjang kehidupan di sini mendapat redha dan rahmat Allah SWT, tanamkan semangat, thabat dan pasakkan niat keberadaan kita di sini adalah semata-mata  untuk mencapai keredhaan Allah...

PENTING : PERUBAHAN TARIKH IMTIHAN QABUL DI MESIR

PENTING ! DIMAKLUMKAN BAHAWA PARA CALON YANG AKAN MENGAMBIL IMTIHAN QABUL BAHAWA , IMTIHAN TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA:  HARI        : SABTU TARIKH  : 29 SEPTEMBER 2012 MASA       : 9.00 PAGI TEMPAT : MARKAZ LUGHAH, UNIVERSITI AL-AZHAR SEHUBUNGAN ITU, PARA CALON DIKEHENDAKI MENYERAHKAN YURAN UJIAN KE PEJABAT HEP SELANGOR BERJUMLAH LE50.00 SELEWAT-LEWATNYA PADA 26 SEPTEMBER 2012 UNTUK PIHAK KAMI MENYERAHKAN YURAN TERSEBUT KEPADA PIHAK EDUCATION MALAYSIA OF EGYPT PADA PAGI 27 SEPTEMBER 2012. Berikut adalah senarai penuh pelajar Selangor yang akan mengambil ujian Imtihan Qabul 2012/2013: CALON TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 1.      ...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail