Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Jumaat, 6 Mei 2011

ZIARAH MAHABBAH PEGAWAI DAN KELUARGA SIRI 6


Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama BKASM meneruskan program Ziarah Mahabbah Anak-anak Selangor di rumah sewa dan kali ini, ziarah di teruskan ke rumah akhawat di kediaman Walidain. Pegawai HEP Selangor Mesir bersama keluarganya telah menziarahi ahli-ahli dari 3 buah rumah yang disatukan, iaitu ahlul bait Ukhti Nurul Huda Md. Tahir, Nurul Hudah Yusof dan Siti Sarah.

Pertemuan yang diadakan dengan penuh mahabbah ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim yang sedia erat antara pegawai dan keluarga dengan warga pelajar. Disamping itu, pelbagai isu dan persoalan yang dibincangkan sepanjang pertemuan ini telah merungkai sedikit sebanyak permasalahan yang berlaku.

Di dalam pertemuan ini juga, beberapa amanat penting telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faryzan Subkhi selaku Pegawai HEP Selangor Mesir diantaranya tentang mempertahankan kecemerlangan akademik dan syakhsiah, meningkatkan usaha tarbiyah, penerangan isu zakat dan kebajikan serta meningkatkan usaha menjaga keselamatan.

Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih khusus kepada adik-adik warga akhawat yang sudi menerima kunjungan pegawai dan keluarga ke kediaman antunna sekelian. Semoga ukhuwah ini terus subur, membuahkan kemanisan rahmah dan mengakar-tunjangkan kekuatan iman.  

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail