Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama BKASM meneruskan program Ziarah Mahabbah Anak-anak Selangor di rumah sewa dan kali ini, ziarah di teruskan ke rumah akhawat di kediaman Walidain. Pegawai HEP Selangor Mesir bersama keluarganya telah menziarahi ahli-ahli dari 3 buah rumah yang disatukan, iaitu ahlul bait Ukhti Nurul Huda Md. Tahir, Nurul Hudah Yusof dan Siti Sarah.
Pertemuan yang diadakan dengan penuh mahabbah ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim yang sedia erat antara pegawai dan keluarga dengan warga pelajar. Disamping itu, pelbagai isu dan persoalan yang dibincangkan sepanjang pertemuan ini telah merungkai sedikit sebanyak permasalahan yang berlaku.
Di dalam pertemuan ini juga, beberapa amanat penting telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faryzan Subkhi selaku Pegawai HEP Selangor Mesir diantaranya tentang mempertahankan kecemerlangan akademik dan syakhsiah, meningkatkan usaha tarbiyah, penerangan isu zakat dan kebajikan serta meningkatkan usaha menjaga keselamatan.
Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih khusus kepada adik-adik warga akhawat yang sudi menerima kunjungan pegawai dan keluarga ke kediaman antunna sekelian. Semoga ukhuwah ini terus subur, membuahkan kemanisan rahmah dan mengakar-tunjangkan kekuatan iman.