WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 30 April 2011

ZIARAH MAHABBAH PEGAWAI KE IMARAH SEMENTARA





Pejabat HEP Selangor Mesir melalui Ustaz Mohd Faryzan Subkhi selaku Pegawai HEP dan isteri telah mengadakan ziarah mahabbah ke imarah sementara pelajar Selangor di Hayyu Sabi' pada 28 April 2011.

Ziarah kali ke 3 yang dilakukan secara tidak rasmi ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pegawai dengan para pelajar disamping meningkatkan kemesraan di antara mereka. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan meningkatkan semangat pelajar dalam usaha dan persiapan mereka menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Di dalam majlis ini juga turut meraikan saudara Imran yang berbetulan mengadakan majlis doa selamat sempena menyambut tarikh kelahirannya pada malam tersebut. Majlis di akhiri dengan jamuan juadah 'mee bandung muar versi mesir' yang dinikmati oleh semua yang hadir.

Semoga lawatan ini memberi manfaat dan kebaikan kepada para penghuni imarah sementara Hayyu Sabi' dan mendapat keredhaan Allah SWT.


Hak milik : Pejabat HEP Selangor Mesir

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail