Perhatian kepada para pelajar yang menerima Bantuan Umum Pendidikan,
1. Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir ingin memohon maaf atas kelewatan urusan bantuan anda. Pada waktu ini kami sedang menguruskan bantuan zakat anda semua.
2. Sebagai alternatif, pihak Pejabat HEP Selangor Mesir ingin menawarkan bantuan Pinjaman Sara Diri untuk penerima-penerima bantuan yang memerlukan kewangan bagi menyelesaikan urusan kehidupan mereka.
3. Jumlah wang tersebut nanti akan dipotong apabila anda menerima bantuan zakat tersebut.
4. Untuk permohonan, sila datang ke Pejabat HEP Selangor Mesir di Hayyu Asyir untuk mengisi borang yang disediakan.
Sekian, terima kasih.