WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Jumaat, 14 September 2012

UCAPAN TAKZIAH KHAS DARIPADA PEJABAT HEP SELANGOR MESIR


Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir dikejutkan dengan berita kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar Selangor di Jordan baru-baru ini.

Sehubungan itu, kami mewakili para pelajar Selangor yang menuntut di Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat salah seorang pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor yang telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan kenderaan di Jordan yang berlaku pada 10 September 2012. Beliau ialah Saiful Asyraf bin Saifudin, pelajar Universiti Mu'tah, Jordan.

Kita sama-sama doakan semoga roh beliau akan ditempatkan bersama dengan golongan syuhada' dalam menuntut ilmu dan solehin, Insyaallah, amin.


Berikut adalah kronologi kejadian tersebut (sumber : Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan) :-



  1. Kemalangan berlaku sekitar pukul 9.00 malam, 10 September 2012 (waktu Jordan) ketika Allahyarham bersama rakannya (pemandu) dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang menjemput dua orang siswi yang baru pulang dari bercuti di Malaysia. Kereta sewa yang dinaiki mangsa dan dipandu rakan mangsa terbabas selepas melakukan pusingan U di jalan antara Karak dan Aqaba, Jordan.
  2. Kemudian mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Hissi sejurus selepas kemalangan terebut berlaku.
  3. Pihak persatuan pelajar Malaysia di Jordan dimaklumkan berkenaan insiden yang berlaku pada pukul 9.45 malam. Pihak persatuan kemudiannya menghubungi pihak yang bersama mangsa untuk mendapatkan butiran lanjut tentang kejadian dan tempat keempat-empat mangsa ditempatkan.
  4. Pada pukul 10.00 malam beberapa orang wakil pihak persatuan berkejar ke Hospital Tentera Karak (tempat mangsa dipindahkan) setelah mendapat berita tentang kematian salah seorang mangsa iaitu Saiful Asyraf Bin Saifuddin.
  5. Tiga orang mangsa kecuali Allahyarham tiba di Hospital Tentera Karak sekitar pukul 11.00 malam. Manakala Allahyarham pula ditempatkan di Hospital Kerajaan Jordan di Karak.
  6. Pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) dimaklumkan tentang kejadian jam 10.30 malam dan tiba di Hospital Tentera Karak dari Amman untuk melawat dan menguruskan mangsa pada pukul 1.00 pagi, 11 September 2012.
  7. Setelah pihak EMJ melawat dan memastikan segala urusan ketiga-tiga mangsa yang cedera diuruskan dengan baik, mereka bersama beberapa orang wakil Persatuan Pelajar berkejar pula ke Hospital Kerajaan Jordan di Karak untuk melihat keadaan jenazah Allahyarham.
  8. Setibanya di Hospital Kerajaan Jordan, pihak EMJ dan Persatuan Pelajar dibawa ke bilik mayat untuk disahkan. Didapati keadaan jenazah dalam keadaan yang baik kecuali pada bahagian kepala yang mengalami luka dan pendarahan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail