WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Khamis, 20 September 2012

JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENGERUSI MAIS




Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke majlis ramah mesra pengerusi MAIS bersama ibu bapa pelajar Selangor yang menerima Dermasiswa Zakat dan masih menuntut di Mesir.

Majlis tersebut akan di diadakan seperti butiran berikut :-

 Tarikh               : 22 September 2012 | 06 Zulkaedah 1433H | Sabtu

 Tempat            :  Dewan Solat Bawah 
                                                     Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (Masjid Negeri)
                                                     Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam, Selangor.

 Masa               : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

 
Untuk makluman tuan/puan, majlis ini diadakan dengan rasa tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS ke atas pencapaian kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Selangor di Mesir dengan bertukar-tukar maklumat diantara penaja dan ibu bapa pelajar.

Kehadiran tuan/puan amat kami harapkan bagi memastikan pencapaian kecemerlangan pelajar serta mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penaja dan ibu bapa pelajar.  Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

p.s : PIHAK PEJABAT HEP SELANGOR MESIR MEMOHON KEPADA PARA PELAJAR MESIR YANG MENERIMA DERMASISWA ZAKAT AGAR MEMAKLUMKAN KEPADA IBU/BAPA/PENJAGA MASING-MASING BERKAITAN JEMPUTAN INI. TERIMA KASIH. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail