WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 31 Julai 2011

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2011






Sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1431 Hijrah, satu majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan di Musolla Darul Ehsan pada 30 Julai 2011. Majlis anjuran Lajnah Dakwah, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ini merupakan program tahunan demi mengimarahkan Bulan Ramadhan al-Mubarak.

Majlis dimulai dengan Talk Show oleh dua ahli panel yang cukup hebat, kemudian diikuti dengan Majlis Perasmian oleh Pegawai HEP Selangor Mesir, Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi.

Antara intipati ucapan pegawai ialah beliau berharap agar para pelajar Selangor akan lebih cemerlang dalam segala spek dengan kedatangan Ramadhan ini. beliau juga berharap ukhuwah sesama mereka meningkat dan jadikan Ramadhan sebagai pemangkin kepada peningkatan akhlak, syakhsiah dan minda.

Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Semoga Ramadhan membawa rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita demi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail