Mulai 23 Julai sehingga 31 Julai 2011, kerja-kerja pemindahan secara berperingkat ke Asrama Selangor sedang dilaksanakan. Gerakkerja yang tersusun dan teratur hasil kerjasama semua pihak samaada Pejabat HEP Selangor Mesir dan seluruh pelajar Selangor yang diketuai oleh BKASM diharap dapat berjalan mengikut jadual yang disusun dengan sempurna. Berikut adalah fasa-fasa perlaksanaan OPS. HIJRAH ini :
Fasa 1 : 23 - 28 Julai 2011.
- Pemindahan perkakas dan peralatan asrama dari Stor Penyimpanan Hayyu Sabi' ke Dataran Hayyu Asyir.
- Pemindahan perkakas danperalatan asrama dari Stor Penyimpanan Hayyu Thamin ke Dataran Hayyu Asyir.
- Kerja penilaian kualiti dan evantori berjalan serentak.
Fasa 2 : 28 - 29 Julai 2011.
- Pemindahan perkakas dan peralatan asrama serta barang-barang peribadi pelajar dari Imarah sementara di Hayyu Sabi' ke Dataran hayyu Asyir.
- Kerja penilaian kualiti dan evantori berjalan serentak.
Fasa 2 : 28 - 29 Julai 2011.
- Pemindahan perkakas dan peralatan asrama serta barang-barang peribadi pelajar dari Imarah sementara di Hayyu Sabi' ke Dataran hayyu Asyir.
- Kerja-kerja penilaian kualiti perkakas dan peralatan dijalankan serentak.
Fasa 3 : 29 - 31 Julai 2011
- Pemindahan perkakas dan peralatan yang baik dan sempurna ke bilik-bilik pelajar.
Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar.