WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Rabu, 23 November 2011

Rakyat Malaysia Dinasihati Elakkan Dataran Tahrir, Mesir


Rakyat M'sia dinasihati elakkan Dataran Tahrir, Mesir

7:32AM Nov 23, 2011

Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Mesir dan yang sedang berada di negara itu dinasihatkan agar tidak berkunjung atau melalui Dataran Tahrir di Kaherah dan kawasan berhampiran, terutama pada hari Jumaat.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan, turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak lokasi 'panas' lain di negara tersebut.

Rakyat Malaysia juga diseru sentiasa berhati-hati dalam soal keselamatan diri dan peka serta mematuhi sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, yang boleh dihubungi di talian +00-202-37610013/19/68/73 atau e-mel malcairo@kln.gov.my.

Mesir kini dilanda kekacauan apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir sejak Jumaat bagi menuntut junta tentera Mesir mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

Lebih 30 orang maut manakala lebih seribu lagi cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

- Bernama


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail