WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 21 November 2011

e-BORANG : HADIAH MASUK IPT KERAJAAN NEGERI SELANGOR



Informasi:
Memberi hadiah RM 1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.

Faedah Perlaksanaan:
Memberi bantuan kewangan kepada anak-anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM 1,500 ke bawah yang diterima masuk ke IPTA / IPTS yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Prosedur Permohonan:
i.  Permohonan adalah terbuka kepada semua "Anak Selangor".
ii. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang sudah mendaftar diri untuk memasuki
     Tahun/Semester Pertama bagi sesi pengajian Julai dan Disember bagi pengajian secara sepenuh masa.
iii. Hadiah hanya layak kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan RM 1,500 ke bawah.
iv. Borang permohonan boleh diperoleh melalui Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP)Mesir
     dengan  cara KLIK Borang Hadiah Masuk IPT Kerajaan  Negeri pada ruangan "DOWNLOAD" di sebelah
     kanan dan bawah "CATATAN POPULAR" pada laman portal ini.
viii. Borang permohonan perlulah diisi dengan menyertakan butiran berikut:

     a. Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan

     b. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa

     c. Surat Tawaran daripada IPT

     d. Pengesahan pendaftaran pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) / Pusat Pemajuan Pelajar
          (PPP) / Bendahari IPT

    e. Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji / Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN /
         Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibubapa / Penjaga pemohon

    f. Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.


viii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, 
Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 
40000 Shah Alam, 
Selangor.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web program di SINI

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail