WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 11 Julai 2011

JAULAH MAHABBAH ANAK-ANAK SELANGOR DI JORDAN

Satu Siri Jaulah Mahabbah telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2011 oleh Pegawai HEP Selangor Mesir, Ustaz Mohd Faryzan Subkhi. Objektif beberapa siri lawatan dan ziarah menemui para pelajar Selangor yang menuntut di Jordan ini diadakan ialah untuk merapatkan lagi ukhuwah antara pegawai dengan para pelajar disamping mengambil cakna tentang apa jua isu dan permasalahan mereka di sana, samaada dari sudut kebajikan, keselamatan dan pendidikan.

Pelbagai aktiviti dan program yang padat telah disusun sepanjang hampir 3 hari beliau di sana, antaranya :

a. Mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia of Jordan(EMJ).
b. Menziarahi para pelajar Selangor yang menuntut di Universiti Mu'tah, Jordan.
c. Menziarahi pelajar Selangor yang berada di Amman, Jordan.
d. Menziarahi rumah-rumah pelajar Selangor di Irbid, Jordan.
e. Menjadi Tetamu khas dan menyampaikan ucaptama di dalam Mesyuarat Agong Tahunan(AGM) Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ).
f. Melancarkan Buku KPI Tarbiyah untuk para pelajar Selangor.

Bagi pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin merakamkan jutaan terima kasih khas kepada :

Pihak Education Malaysia of Jordan(EMJ),
Presiden dan seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),
Yang Di Pertua BKASJ dan barisan kepimpinannya sesi 2010/2011,
Para Pelajar Ijazah Kedoktoran(PhD) Jordan,
dan seluruh anak-anak Selangor penuntut ilmu,

atas kerjasama dan sambutan yang amat baik yang telah diberikan oleh mereka semua semenjak kedatangan Pegawai sehinggalah kepulangannya kembali ke Mesir.

Semoga tautan ukhuwah yang terbina, menjadi wadah penyatuan dan mahabbah antara Pegawai dan seluruh pelajar Selangor di bumi Urdun.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail