WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 22 Mei 2011

PROGRAM ZIARAH PEGAWAI SIRI KE 8 -CAKNA KEBAJIKAN


Siri ziarah oleh Pegawai HEP Selangor Mesir bersama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) diteruskan buat kali ke 8 ke rumah pelajar Selangor. Kali ini, ahli dari 4 buah rumah berkumpul dengan penuh ukhuwah bersama pegawai untuk membincangkan pelbagai isu sekitar mereka bermula soal kebajikan, keselamatan, pendidikan sehinggalah kepada komentar dan cadangan kepada Pejabat HEP dan BKASM.

Majlis dimulakan dengan sesi taaruf setiap pelajar akhawat yang hadir diikuti ucapan dan amanat oleh Pegawai HEP Selangor, Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi kemudian diakhiri dengan sesi dialog dan soal-jawab. Majlis kemudian diserikan dengan jamuan makan dan sesi bergambar.

Bagi pihak Pejabat HEP Selangor Mesir, ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan di berikan kepada ahli Bait El-Hamra', Bait El-Amaani, Bait As Soleha dan Bait El-Qura' kerana sudi menerima kehadiran pegawai dan keluarganya pada malam tersebut.

Semoga ukhuwah yang dibina, menjadi benteng yang memantapkan kekuatan jatidiri dan syaksiah pelajar Azhari yang dikasihi sekelian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail