WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 21 Mei 2011

PROGRAM ISTIMEWA DI RUMAH AMANAH MALAYSIA (Hakmilik AmanahRaya Berhad)




Pejabat HEP Selangor Mesir bersama badan kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) meneruskan program ziarah dan lawatan menemui anak-anak Selangor untuk siri ke 7. Kali ini, buat julung kalinya kami menziarahi para pelajar Selangor yang berada di Rumah Amanah Malaysia, Raba'ah El-Adawiyyah yang terdiri daripada mahasiswa pengajian Ulum Islamiyah, Universiti Al-Azhar yang mendapat tajaan penuh oleh pihak AmanahRaya Berhad.

Atas matlamat untuk merapatkan ukhuwah para pelajar Selangor yang berada di bumi Mesir ini, Pejabat HEP Selangor Mesir berusaha untuk menemui seluruh anak-anak Selangor walaupun mereka bukan di bawah tajaan agensi Negeri Selangor. Usaha mengambil cakna soal kebajikan seluruh pelajar Selangor merupakan agenda utama pihak pejabat dan BKASM demi merealisasikan hasrat dan kehendak Kerajaan Negeri Selangor sebagai negeri yang menitik-beratkan kebajikan ahli dan rakyatnya.

Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sambutan yang amat meriah yang diberikan oleh penghuni rumah berkenaan. Semoga tali ukhuwah yang terbina ini akan mengikat kukuh mahabbah dan mawaddah antara pihak Pejabat dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) bersama anak-anak Selangor di Rumah Amanah Malaysia yang dikasihi sekelian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail