WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 11 April 2011

ZIARAH PEGAWAI DAN ISTERI KE IMARAH SEMENTARA HAYYU SABI'

Pejabat HEP Selangor Mesir melalui pegawainya Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi dan isteri, baru-baru ini telah melapangkan masa menziarahi para pelajar Selangor yang ditempatkan di Imarah Sementara di Hayyu Sabi'.

Ziarah yang dilakukan secara tidak formal ini adalah sebagai usaha pihak pejabat mengambil tahu hal dan keadaan sebenar kesihatan pelajar-pelajar ikhwah dan akhawat sementara menantikan Asrama Selangor yang masih dalam proses dibaikpulih.

Menyambut kedatangan beliau ialah YDP BKASM, Ustaz Yazid Ahmad dan beberapa jawatankuasa yang ada. Ziarah tidak formal ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi mendapat maklumat sebenar keadaan pelajar di Imarah Sementara ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail