WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Selasa, 12 April 2011

PERKEMBANGAN TERKINI ISLAH RUMAH SELANGOR



1. Sehingga 31 Mac 2011, Progress kerja islah Rumah Selangor telah mencapai 69.8%.
2. Rumah Selangor akan siap sepenuhnya dan boleh digunakan mulai 31 Jun 2011.
3. Berikut adalah kerja-kerja yang sedang dan telah disempurnakan :
  • Kerja pembaikan pada dinding dan siling telah sempurna.
  • Pendawaian elektrik telah sempurna.
  • Pemasangan paip air telah sempurna.
  • Kerja penambahbaikan bilik-bilik pelajar telah sempurna.
  • Kerja penambahbaikan pejabat, perpustakaan, pantry dan makmal komputer telah sempurna.
  • Kerja penambahbaikan bilik air dan dapur sedang dilakukan.
  • Pembinaan struktur kafetaria sedang dilakukan.
  • Kerja-kerja pengubahsuaian bahagian bumbung bangunan(sutuh) sedang dilaksanakan.
  • Kerja-kerja mengecat dinding bahagian dalam dan luar bangunan sedang dilakukan.
Semoga kerja-kerja baikpulih Asrama Selangor berjalan lancar seterusnya para pelajar dapat menggunakan kemudahan ini untuk menghadapi pengajian dengan lebih selesa.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail