WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 24 April 2011

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PEGAWAI HEP SELANGOR SIRI 5





Pejabat HEP Selangor Mesir meneruskan siri jelajah menziarahi anak-anak Selangor di bumi kinanah ini bersama Badan Pengurus PMRAM dan BKASM dengan hasrat melaksanakan agenda kebajikan dan mengukuhkan kesatuan Mahasiswa Selangor di Mesir.

Kali ini, rombongan pegawai menziarahi rumah sewa Baitul 'Izzah milik bersama Saudara Nasiruddin Faiz dan rakan-rakannya yang dihias cantik dan ceria. Meriahnya majlis pada malam tersebut kerana bersekali dengan majlis doa selamat sempena perpindahan mereka ke rumah baru ini.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis iaitu Ustaz Amirul Amin Maula Lokman Hakim, diikuti dengan tazkirah ringkas, ucapan YDP BKASM Ustaz Yazid bin Ahmad, amanat pegawai Ustaz Mohd Faryzan Subkhi dan diakhiri dengan doa selamat oleh Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi, daripada PMRAM.

Antara harapan pegawai ialah semoga dengan majlis ini, matlamat utama yang diharapkan iaitu kesatuan anak Selangor dibina, tarbiyah dipertingkatkan, kebajikan dan keselamatan terpelihara. Disamping itu, beliau mendoakan semoga seluruh pelajar Selangor khususnya ahli rumah sewa Baitul 'Izzah ini mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kejayaan yang hakiki dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir dan rombongan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak ahli rumah diatas kesudian menerima kehadiran kami ini. Semoga pertemuan ini membuahkan keberkatan dan mengakar-tunjangkan kesatuan.  

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail