Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 9 September 2012

SENARAI PELAJAR BARU(SELANGOR) TAJAAN PENUH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR YANG AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TAHUN PERTAMA DI MESIR BAGI SESI 2012/2013




Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada para mahasiswa baru yang terpilih mendapat tajaan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2012/2013.

Berikut adalah senarai pelajar baru tajaan Lembaga Zakat Selangor yang akan melanjutkan pengajian tahun pertama di Mesir sesi 2012/2013 mengikut kuliah dan bidang pengajian masing-masing.


PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI AL-AZHAR
1 ABDULLAH AZAM BIN NOR ALAM           
2 AFIQ BIN RASIDULAKMAR
3 AHMAD LUTFI BIN JAMALUDIN
4 AMAR ISMAT BIN MOHD NASIR
5 AMIR HAZIQ BIN ZAINAL ABIDIN
6 AMIRUL HAFIZ BIN GADIMIN                  
7 KHAIRULAMIRIN BIN KHABIR
8 LUQMAN BIN MOHD ZAKI              
9 MOHAMMAD SYARIFUDDIN BIN NOR AZLI
10 MOHD AZROLLNAIM BIN ARSHAD
11 MUHAMMAD ALI BIN MOHD YUNUS
12 MUHAMMAD HAZWAN BIN OMAR
13 SYED MUHAMMAD IZZUDIN BIN SYED AZHAN
14 NUR AMIRA SYUHADA BT ROHIMI
15 NUR FATEHAH BINTI MURFI
16 NUR HIDAYAH BINTI  MOHD ARIFF
17 NUR NABILAH BINTI MUHAMAD RUHNI
18 NURJANNAH BINTI HASMAD
19 NURUL AIN BINTI HAZALI
20 MOHD AZRI BIN AMIRUDIN
21 MIHAMMAD IQWAN BIN AHMAD ZAIDI
22 NABIHAH BINTI AHMAD ROSDI
23 ROBI'ATUL ADAWIYAH BINTI RASID
24 RAID @ ISMAIL BIN ROSHIDAN
25 SIDDIQ BIN MOHD AMIN
26 WAN AHMAD IZZAT BIN WAN AHMAD SANADI

ULUM ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR

1 SAKINAH BINTI ABDUL SAMAD

MAAHAD QIRA'AT, UNIVERSITI AL-AZHAR, SHOUBRA

1 ABDULLAH BIN OMAR
2 IBRAHIM BIN AHMAD NURMAN
3 MOHAMMAD AL-AZIIM BIN MOHAMMAD TAHIR
4 MUHAMAD BADRUL AMIN BIN MAHBOB
5 MUHAMMAD ADIB BIN BADRISHAH 
6 MUHAMMAD FAKHRUR RAZI BIN ABDUL RAHMAN
7 MUHAMMAD FATHUL AKMAL BIN ABDUL ZAMAN
8 MUHAMMAD SOLIHIN BIN KAMARUL ZAMAN
9 MUHAMMAD ZAID BIN MEFTAHUDDIN
10 WAN NOOR MUHAMMAD HAKIM BIN WAN DIN

MAAHAD QIRA'AT, UNIVERSITI AL-AZHAR, MANSOURA

1 MUSTAQIMAH AISYAH BINTI SARBAYNI

PERUBATAN, UNIVERSITI AL-AZHAR


1 AFIQ FAKHRI BIN MUHAMMAD SALIMI
2 AHMAD ADIB BIN ZAINUDDIN
3 AHMAD HANAFI BIN MOHD NAPIAH
4 AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
5 ANAS BIN JAMIL
6 IZHAM BIN ROSSLI
7 KHAIRIL HAFIDZI BIN ABDUL RAHMAN
8 MOHD ZULKHAIRI BIN SAHLANI
9 MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA
10 MUHAMMAD SYUKRI BIN HASMER SHAM
11 SHAHRUL 'ARIF BIN SHAHRULAZHAR
12 AMALIA BINTI ROSMAN
13 HUDA BINTI BADRUL HISHAM
14 NADIA BINTI NORDIN
15 NAJAH MUNIRAH BINTI AZMAN
16 NAJIHAH BINTI JANUDIN
17 NUR SYAZWIN BINTI MOHAMMAD SHUKRI
18 NURASHYKYN BINTI NAZERI
19 NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI
20 NURUL HIDAYAH BT MAHAMMAD KHALIS
21 RAIHAN BINTI MUHAMMAD RAMZI
22 MUHAMMAD NURRASYED BIN MOHD SAMSUDDIN

Khamis, 6 September 2012

SELAMAT DATANG MAHASISWA/WI BARU 2012/2013 KE TIMUR TENGAH

(Berbondong-bondong datang ke Timur Tengah)


Pejabat HEP Selangor Mesir ingin mengucapkan "AHLAN WA SAHLAN - SELAMAT DATANG" kepada para Mahasiswa/wi yang akan melanjutkan pengajian Timur Tengah bagi sesi 2012/2013.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk meyambung pengajian ke Timur Tengah. Semoga beroleh kejayaan disepanjang pengajian anda disini.

Terima kasih.

JADUAL PENERBANGAN PELAJAR BARU KE MESIR


TARIKH PERJALANAN NO. P’GAN BERLEPAS TIBA
25-Sept-12 KUL-CAI MS 961 22:00 05:40 +1

JADUAL PENERBANGAN PELAJAR BARU KE JORDAN

 
TARIKH PERJALANAN NO. P’GAN BERLEPAS TIBA
07-Sept-12 KUL-AMM RJ 181 22:10 05:15 +1


JADUAL PENERBANGAN PELAJAR BARU KE MOROCCO


JADUAL PENERBANGAN (QATAR AIRWAYS)
NO. FLIGHT TARIKH DESTINASI WAKTU/JAM
QR625 08-Sept KUALA LUMPUR / DOHA 2100 / 2330
QR550 09-Sept DOHA / CASSABLANCA 0145 / 0930


Selasa, 4 September 2012

PENGHANTARAN NATIJAH PEPERIKSAAN 2011/2012


                                                                                  ( Foto:  Sekadar hiasan Sahaja)
Perhatian kepada para pelajar Selangor khasnya penerima Dermasiswa Zakat dan Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor, anda dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan masing-masing ke pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir di Kaherah sebelum 31 OKTOBER 2012.

Bagi pelajar yang berada jauh di muhafazah atau di Malaysia yang tidak dapat menghantar secara 'by-hand' ke pejabat, anda boleh menghantar natijah tersebut secara email di farie_z@yahoo.com dengan dilampirkan natijah anda beserta butiran lengkap peribadi iaitu :

(1) NAMA PENUH
(2) NOMBOR KAD PENGENALAN
(3) KULIAH PENGAJIAN
(4) NAMA UNIVERSITI
(5) TAHUN PENGAJIAN SESI 2011/2012
(6) TAHUN PENGAJIAN SESI 2012/2013 ( NAIK TAHUN @ GAGAL & MENGULANG TAHUN)
(7) STATUS BANTUAN ( DERMASISWA ZAKAT atau  BANTUAN UMUM PELAJARAN)

Kerjasama daripada semua amat diharapkan.



Terima kasih.

Ahad, 2 September 2012

PENGUMUMAN PENANGGUHAN PROGRAM MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN HARI RAYA PENGERUSI MAIS BERSAMA IBUBAPA PELAJAR SELANGOR PENERIMA DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM RAMAH MESRA PENGERUSI MAIS BERSAMA IBU BAPA PELAJAR MESIR YANG SEPATUTNYA DIADAKAN PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT DIBAWAH, DI TANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN NANTI. KESULITAN AMAT DIKESALI.

TERIMA KASIH.


b.p Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


MAKLUMAN KEPADA PARA IBU/BAPA PENERIMA DERMASISWA PELAJAR,
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke majlis ramah mesra dan jamuan sambutan hari raya pengerusi MAIS bersama ibu bapa pelajar Selangor yang menerima Dermasiswa Zakat dan masih menuntut di Mesir.

Majlis tersebut akan di diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh                :           22 September 2012 | 06 Zulkaedah 1433H | Sabtu

Tempat             :           Dewan Solat Bawah 
Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (Masjid Negeri)
Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam, Selangor.

Masa                :           9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Untuk makluman tuan/puan, majlis ini diadakan dengan rasa tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS ke atas pencapaian kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Selangor di Mesir dengan bertukar-tukar maklumat diantara penaja dan ibu bapa pelajar.

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi sama-sama memastikan pencapaian kecemerlangan pelajar serta mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penaja dan ibu bapa pelajar.  Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

p.s : PIHAK PEJABAT HEP SELANGOR MESIR MEMOHON KEPADA PARA PELAJAR MESIR YANG MENERIMA DERMASISWA ZAKAT AGAR MEMAKLUMKAN KEPADA IBU/BAPA/PENJAGA MASING-MASING BERKAITAN JEMPUTAN INI. TERIMA KASIH. 

Jumaat, 31 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 55



Pejabat Hal Ehwal pelajar Selangor Timur Tengah mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 55" kepada seluruh warga Malaysia amnya dan warga Selangor khasnya. Semoga kita dapat menghayati makna sebenar kemerdekaan demi beroleh kemenangan dan pembebasan hati dan jiwa daripada perhambaan manusia kepada perhambaan semata-mata kepada Allah SWT.


ERTI KEMERDEKAAN DALAM ISLAM



Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?

Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.

Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.

Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:

1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.

2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:

1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.

2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru, kemerdekaan yang sebenar ialah :

Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam.

Rabu, 22 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI


Pejabat HEP Selangor Mesir mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua.

Semoga Ramadhan yang berlalu mampu menajdikan diri kita sebagai graduan Ramadhan yang berkualiti dan cemerlang.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail