WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Selasa, 12 Mac 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG



IKLAN JAWATAN KOSONG

No. Fail : JAIS/PHEPSM/01/001/2013 (1)

Warganegara Malaysia, Selangor yang sedang berada di Republik Arab Mesir adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir.

1.         GELARAN/JAWATAN
Pembantu Tadbir (N17)

2.         GAJI
            Akan dirundingkan

3.         SYARAT-SYARAT JAWATAN
            Penempatan :          Pejabat HEP Selangor Mesir, Kaherah
           
            Syarat-syarat Umum :
i.                     Terbuka kepada warganegara Malaysia dan rakyat ke bawah DYMM Sultan Selangor yang sedang bermastautin di Republik Arab Mesir.
ii.                   Telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan tiada sebarang komitmen pengajian, kursus atau apa juga latihan pendidikan di Republik Arab Mesir.
iii.                  Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit atau penyakit berpanjangan.

Syarat-syarat Utama :
i.                     Mempunyai sijil SPM atau yang setaraf dengannya.
ii.                   Telah mencapai umur 25 tahun ke atas semasa tarikh tutup permohonan.
iii.                  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam tugas pengurusan persatuan, pengurusan fail dan surat-menyurat.
iv.                Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang seorang pembantu tadbir di Pejabat HEP Selangor Mesir.
v.                  Mahir dalam penggunaan komputer terutamanya program Microsot Excell dan Microsoft Word (AKAN DIBERI KEUTAMAAN).
vi.                Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis di dalam bahasa Arab atau bahasa Inggeris dengan baik (AKAN DIBERI KEUTAMAAN).
vii.               Mempunyai lesen memandu yang sah daripada pihak berkuasa Republic Arab Mesir.

 4.        CARA MEMOHON
4.1       Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i.                     Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini dan satu (1) keping gambar, beserta pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
ii.                   Satu (1) salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan.
iii.                  Satu (1) salinan Kad Pengenalan
iv.                Satu (1) salinan Passport dan visa terkini.

4.2       Segala dokumen dan maklumat yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
            Pegawai HEP Selangor Mesir
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
            Selangor Students Hostel
Malaysian students Complex
Toob El Ramly, Hayyu A’syir
Nasr City, Cairo
Arab Republic Of Egypt

Atau email kepada : pejhepselangor@yahoo.com

5.         TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac 2013. Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail