WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 12 Januari 2013

KENYATAAN RASMI PEGAWAI HEP SELANGOR MESIR


Assalamu'alaikum Wrt.

Berikut adalah pengumuman penting untuk para pelajar Mesir yang menerima bantuan zakat daripada pihak Lembaga Zakat Selangor :-

1. Bagi pelajar perubatan, bayaran ke dalam akaun seramai 97 orang telah di bank in pada 4 Januari 2013 manakala 12 orang pelajar dibayar melalui cek di Malaysia kerana masalah no. akaun.

2. Bagi pelajar pengajian Islam sesi kemasukan 2011/2012 ( 94 orang) bayaran telah di bank in pada 4 Januari 2013. 

Manakala pelajar sesi kemasukan 2010/2011 (72 orang), 2009/2010 (51 orang) dan 2008/2009 (22 orang) bayaran akan dimasukkan pada 11 Januari 2013.

Hanya pelajar sesi 2003 (3 orang), 2004 (3 orang), 2005 (6 orang), 2006 (19 orang), 2007 (19 orang) yang masih dalam proses edit kerana pelajar sepatutnya telah tamat tempoh perjanjian dermasiswa mereka.

3. Bagi penerima Dermasiswa Pengajian Islam, mulai tahun 2013, pemberian zakat adalah hanya sekali sahaja dalam tempoh setahun. Ini bermakna anda akan menerima sejumlah RM7,500.00.

4. Bagi penerima Dermasiswa Perubatan (Program MoU), berdasar kelulusan kadar baru sepertimana minit Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Agihan bil 22/4/2012 pada 21 November 2012, anda mendapat bantuan berjumlah RM32,500.00 mulai sesi pengajian 2012/2013.

5. Bagi penerima Bantuan Umum Pelajaran, pihak kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa berkaitan bantuan zakat anda berdasar kepada maklumat yang diberikan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor. Segala maklumat berkaitan bantuan anda akan diterbitkan di dalam portal rasmi kami ini.

6. Untuk makluman juga, pihak Pejabat HEP Selangor Mesir masih memegang senarai nama pelajar yang menghantar keputusan melewati Bulan November 2012. Penghantaran nama-nama ini ke pihak LZS hanya akan dilakukan selewat-lewatnya 15 Januari 2013. Ini bertujuan untuk memudahkan gerakkerja dan pengurusan pihak Jabatan Agihan Lembaga Zakat Selangor membuat semakan dan meluluskan pembayaran.

Oleh itu, diharap kepada penerima Dermasiswa dan Bantuan Umum Pelajaran yang masih belum menghantar keputusan peperiksaan anda, sila berbuat demikian dengan kadar segera. Pihak kami tidak akan melayan sebarang permohonan pelajar yang menghantar melewati tarikh tersebut.

5. Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir ingin membuat penafian bahawa ada memberi sebarang jaminan bahawa bantuan zakat akan sampai kepada pelajar pada Bulan November 2012 berdasar kepada hakikat bahawa bulan Oktober dan November adalah tempoh pelajar menghantar keputusan peperiksaan. 

Adalah sesuatu yang tidak wajar sekiranya anda memberikan maklumat yang tidak betul kepada pihak keluarga di Malaysia dalam bentuk aduan dan keluhan sehingga menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak di Malaysia khasnya di Lembaga Zakat Selangor.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan pengurusan bantuan zakat pelajar dari semasa ke semasa dan sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan dan komentar daripada semua pihak.

Sekian, untuk makluman.


Terima kasih.

MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
PEGAWAI
HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR
KAHERAH, MESIR.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail