WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 24 September 2012

SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU 2012/2013



Dikesempatan ini, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir selaku agensi yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor ingin merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah ini. Sesungguhnya Allah SWT telah memilih anda semua daripada sekian ramainya sahabat-sahabat kita di tanah air yang berkeinginan untuk hadir ke sini.
 
Oleh itu, sebagai langkah pertama menjejakkan kaki ke bumi ini, marilah kita semua menanamkan niat dan azam demi memastikan segala usaha dan kerja yang kita laksanakan sepanjang kehidupan di sini mendapat redha dan rahmat Allah SWT, tanamkan semangat, thabat dan pasakkan niat keberadaan kita di sini adalah semata-mata  untuk mencapai keredhaan Allah SWT, memperoleh segenggam kecemerlangan dalam akademik dan akhlak serta membina ukhuwah dan kesabaran sesama rakan taulan.
 
 
Sesungguhnya hari ini, anda semua telah bergelar mahasiswa. Allah telah mengangkat darjat kamu menjadi manusia yang lebih baik dan mulia. Sewajarnya sebagai seorang mahasiswa, inilah medan untuk kita mengaplikasikan segala teori yang dipelajari di dewan kuliah dan pengajian, inilah waktunya     untuk kita mengasahkan minda kita untuk lahir sebagai seorang yang berpandangan jauh dan bijak menangani segala permasalahan hidup. Saya berkeyakinan, dengan garapan ilmu dan praktikal ini akan melahirkan generasi  yang dapat memberi sumbangan yang besar terhadap tanah air kita yang tercinta.
 
 
Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, anda semua adalah menjadi harapan generasi warisan kepimpinan masa hadapan yang lebih gemilang. Anda semua bakal mencorakkan suasana negeri kita dengan corak Islam yang indah dan menarik. Anda semua bakal membentuk satu   masyarakat yang cinta Allah dan sanggup berkorban keranaNya. Oleh itu, mulakanlah dari sekarang untuk kita mencapai hasrat tersebut demi Islam, Ummah, Negara dan Negeri yang kita sayangi.
 
 
Saya mendoakan kepada seluruh mahasiswa Selangor yang bermukim di bumi Kinanah ini, semoga beroleh kejayaan dan kemenangan yang besar dalam diri, dan seluruh kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
 
 
 
AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN
 
 
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR
KAHERAH.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail