WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Rabu, 8 Februari 2012

KEY PERFORMANCE INDICATOR (K.P.I) TARBIYAH (Siri 1)

Buku K.P.I Tarbiyah

TAHUKAH ANDA?

KPI Tarbiyah ini merupakan satu program yang diwujudkan sebagai usaha dan mekanisme yang praktikal untuk menilai tahap prestasi akhlak dan syakhsiyah mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan yang menuntut di Mesir.

Selangor merupakan perintis ke arah mewujudkan satu sistem yang tersusun ini yang bertujuan untuk menilai dan mengukur pelajar dari sudut akhlak, peribadi dan keterampilan dengan matlamat untuk membantu pelajar/mahasiswa membina keperibadian mulia dan baik.
  
APAKAH YANG DINAMAKAN K.P.I TARBIYAH INI?

K.P.I  adalah singkatan kepada Key Performance Indicator, yang merupakan indikasi penilaian dan pengukuran prestasi sesuatu. 

Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah ialah mekanisme untuk mengukur dan menilai prestasi tarbiyah mahasiswa/wi Selangor dari sudut akhlak, syakhsiyah para pelajar secara disiplin dan teratur dengan menggunakan methodologi catatan diri dan laporan secara berkala dengan berterusan.

Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah juga merupakan satu usaha Kerajaan Negeri Selangor bertujuan mempertingkatkan nilai akhlak, syakhsiyah dan thaqafah sebagai mahasiswa/wi yang bakal mencorakkan Negeri Selangor khususnya dan negara Malaysia amnya pada masa hadapan.

APAKAH OBJEKTIF DIWUJUDKAN?

Objektif ia diwujudkan ialah :

1. Menilai prestasi pembentukan syakhsiyah Islam mahasiswa/wi Selangor di Mesir dari semasa ke semasa demi memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk melahirkan generasi Islam yang berketrampilan akan tercapai.

2. Sebagai pemangkin Mahasiswa/wi dalam usaha pengekalan dan istiqamah prestasi syakhsiyah diri dan berusaha untuk sentiasa mempertingkatkan lagi prestasi tersebut.

3. Mengenalpasti punca masalah dan halangan sebenar yang dihadapi oleh mahasiswa/wi Selangor.

4. Mencari penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/lwi untuk mencapai kecemerlangan.

(BERSAMBUNG DALAM SIRI 2)
- Siapakah yang patut terlibat?....
- Bagaimanakah ia dinilai?
- Apakah manfaat dan kelebihan yang menyertainya?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail