WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 10 Disember 2012

MAKLUMAT BERKAITAN URUSAN PENGAJIAN

Berikut  sedikit maklumat melalui email yang boleh dikongsikan untuk makluman dan perhatian kepada pelajar yang baru 2012/2013- Pengajian Islam.

Assalamualaikum.
Berkaitan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh Us. Nik Hamdi dan Us. Farizan sebelum ini, saya kongsikan maklumat berikut:

1. Ifadah
Semua pelajar baru memang tidak akan diberikan ifadah setahun kerana di peringkat awal, nama mereka belum muqayyad tetapi hanya murashshah. Apabila fail dihantar ke Azhar, para pelajar dikira murashshah. Selepas beberapa bulan, apabila kelulusan security (amn daulah) didapati, barulah pelajar dikira muqayyad dan boleh mendapat ifadah setahun.

2. Pelajar lulus IQ di Malaysia
Pihak Robitoh bersetuju untuk mengecualikan para pelajar tersebut daripada menduduki IQ semula. Walau bagaimanapun, mereka perlu membayar yuran peperiksaan USD50 dan EGP35 (ifadah najah). Di samping itu, yuran pengajian untuk 200 jam di markaz lughah sebanyak EGP1,200. Semua bayaran tersebut perlu dijelaskan selewat-lewatnya Selasa minggu hadapan. Para pelajar akan mengikuti pengajian di Markaz Lughah selepas peperiksaan semester pertama.
Untuk makluman semua, EME tiada kaitan dengan isu Yayasan Sofa tetapi hanya membantu menyelesaikan masalah pelajar di sini agar diterima masuk tanpa peperiksaan ulangan. 
 
3. Fail pelajar telah dihantar ke Maktab Tansiq Al-Azhar. Isol tansiq sebahagiannya telah didapati dan EME telah menghantar salinannya kepada pihak Markaz Lughah. Sebahagian lagi isol akan didapati dalam jangka terdekat.

Semoga penjelasan tersebut dapat menjawab persoalan tuan-tuan. Sekian, terima kasih. 


Nor Zakiah binti Zaidon
Atase Pendidikan
Education Malaysia Egypt
+2 0114-5844474

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail