WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Selasa, 12 Jun 2012

TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR




PENGENALAN
Kes-kes rawatan kecemasan, perubatan dan kemalangan kadangkala berlaku di kalangan para pelajar Selangor yang menuntut di Mesir tanpa dirancang dan diduga. Ia melibatkan kos perubatan yang tinggi bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperolehi serta rawatan atau penyakit yang dialami.

Para pelajar mempunyai kemampuan yang amat terbatas untuk menanggung kos rawatan yang melibatkan penyakit yang kritikal, pembedahan atau kemalangan yang memerlukan mereka menerima rawatan yang intensif dan sempurna. Ditambah lagi dengan sistem dan birokrasi yang sedia wujud di sini memerlukan pelajar mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan rawatan dan perhatian yang terbaik.

Atas rasa prihatin dan memahami kesukaran yang berlaku, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat Selangor telah mewujudkan “TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR” bertujuan memastikan urusan perubatan dan rawatan yang melibatkan kos dan bayaran dapat diselesaikan dengan segera seterusnya para pelajar dapat menjalani rawatan dengan baik dan sempurna.  

FOKUS DAN TUJUAN
TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR diwujudkan adalah memfokuskan untuk memberi bantuan kepada para pelajar yang menuntut di Mesir sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan dengan kadar segera dalam amaun yang ditetapkan yang melibatkan perbelanjaan perubatan sahaja.

Bantuan yang disalurkan adalah untuk meringankan beban pelajar yang berbentuk sumbangan dan bukannya pinjaman.

TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR ini berkuatkuasa mulai 1 JUN 2012.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHONAN

1.   Pemohon hendaklah pelajar Selangor dan penerima Dermasiswa Zakat Penuh Pelajaran secara rasmi oleh Lembaga Zakat Selangor.
2.     Pemohon masih penuntut universiti di Mesir yang diiktiraf semasa permohonan dibuat.
3.     Tanggungan pemohon iaitu isteri/suami dan anak adalah layak menerima bantuan ini.
4.     Pemohon/tanggungan wajib mengisi borang permohonan serta menyediakan dokumen yang diperlukan.

KRITERIA/KATEGORI SAKIT KECEMASAN
Tabung bantuan ini membiayai kos rawatan kecemasan, rawatan klinikal,  ubat-ubatan atau pembedahan yang memerlukan pemohon/tanggungan tinggal di wad dalam tempoh tertentu.

KAEDAH PEMBAYARAN
Pihak Pejabat HEP Selangor akan membuat bayaran terus caj rawatan kepada pihak hospital mengikut amaun pada resit/surat tuntutan hospital, bukan kepada pemohon/tanggungan terbabit.

HAD MAKSIMUM BANTUAN
  • Pemohon/tanggungan berhak menerima bantuan kecemasan berdasar kepada:
a.       Rawatan kali pertama tetapi tidak melebihi caj/kos bil daripada RM3,000.00 (bersamaan 
       EGP5,670.00)* ataupun mengikut resit yang dikeluarkan oleh pihak hospital (mana lebih rendah ) 

atau;

b.   Rawatan untuk beberapa kali tetapi jumlah keseluruhan caj/kos bil rawatan tidak melebihi RM3,000.00 (bersamaan EGP5,670.00)* setahun dalam tahun semasa.

  • Bagi caj/kos bil rawatan yang melebihi RM3,000.00 dan ke atas dalam setahun, bakinya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak pemohon yang terlibat.
*Berdasar kepada pertukaran nilai matawang :  RM100 = EGP189.00

DOKUMEN  DIPERLUKAN
Pemohon/ tanggungan hendaklah mengisi dan melampirkan :

1.       Borang permohonan yang diisi lengkap;
2.       Salinan passport pemohon dan tanggungan;
3.       Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan;
4.       Dokumen pengesahan doktor atau resit/bil rawatan hospital.
 
SENARAI HOSPITAL PANEL

KAHERAH
 
Hospital Raba’ah
Raba’ah, Kaherah.

Hospital Fatimah Az-Zahra’
Raba’ah, Kaherah.

Hospital Taufiqiah
Abas Aqad, Kaherah.

Hospital Faransawi 
Qasrl Ain

MANSOURA

Hospital Tolabah
Mansoura University

ISKANDARIAH

Hospital Mabrah,
Iskandariah

TANTA

Hospital Tibba
 Tanta

Hospital Ruslan
 Tanta

ZAQAZIQ

Hospital Taisir
Mauaf Mansurah, Zaqaziq

Hospital Hamdi Said
Mauaf Mansurah, Zaqaziq

DUMYAT

Hospital Al-Azhar
Hayyu Sadis

SHUBRA

Hospital Nasrul Islam,
Shubra

DAMANHUR

Hospital Al-Azhar
Damanhur

Mustashfa Darul Salam
Damanhur

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR 
02-34092392

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail