WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Sabtu, 14 April 2012

KENALI K.P.I TARBIYAH NEGERI SELANGOR (SIRI 2)


Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah merupakan satu usaha Kerajaan Negeri Selangor bertujuan mempertingkatkan nilai akhlak, syakhsiyah dan thaqafah sebagai mahasiswa/wi yang bakal mencorakkan Negeri Selangor khususnya dan negara Malaysia amnya pada masa hadapan.

Siapakah Yang Wajib Menyertainya?

Usaha yang murni ini wajar disokong oleh semua warga mahasiswa/i Selangor yang menuntut di Mesir ini. Sokongan ini dibuktikan dengan kita menjayakannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. 

Samaada anda mahasiswa Pengajian Islam, Qiraat, Perubatan di peringkat Sarjana Muda atau di peringkat MA dan PhD, yang menerima Bantuan Penuh Dermasiswa Zakat atau Bantuan Umum Pelajaran oleh Lembaga Zakat Selangor(LZS), atau tidak mendapat bantuan zakat, juga yang menerima bantuan MARA, JPA, ARB atau mana-mana agensi pemberi tajaan selain LZS, sewajarnya menyertai K.P.I Tarbiyah ini demi meningkatkan lagi kualiti syakhsiyah dan thaqafah kita.

Warga mahasiswa yang menuntut di Markaz Bahasa dan para pelajar di Ma'had Bu'uth juga perlu mengambil peluang untuk bersama-sama melaksanakan K.P.I Tarbiyah ini. Perkara yang baik ini sebaiknya kita sokong dan kita jayakan bersama.

Apakah Bentuk Pengisian Dan Aktiviti K.P.I Tarbiyah ini?

Warga mahasiswa hanya perlu mencatatkan senarai amal ibadah yang disenaraikan di dalam Buku K.P.I Tarbiyah ini secara harian dengan ikhlas dan penuh komitmen. Sebaik-baiknya ada peningkatan dari sudut perlaksanaan amal ibadah tersebut dari sehari ke sehari. 

Sebenarnya, ketika anda menanda prestasi amalan anda ini, ia adalah untuk muhasabah diri sendiri tentang tahap kesungguhan kita mempertingkatkan usaha memurnikan hati dan diri. Jangan sekali-kali ada perasaan 'ujub atau ingin melakukannya kerana mengharapkan pujian atau sanjungan orang lain. Kejayakan anda mengikhlaskan hati adalah hakikat sebenar kejayaan di dalam aktiviti K.P.I Tarbiyah ini.

Berikut adalah contoh amalan harian yang terdapat di dalam Buku K.P.I Tarbiyah :



Cubalah ! dan mujahadahlah! untuk mensucikan hati. Inshaallah anda akan tergolong dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail