1. Pihak Pejabat HEP Selangor Mesir ingin merakamkan rasa dukacita atas segala perkara yang mengganggu kelancaran urusan zakat para pelajar Selangor. Diharapkan ianya tidak mengganggu urusan imtihan anda pada waktu ini.
2. Untuk makluman, bagi pelajar-pelajar yang telah menghantar keputusan peperiksaan akhir 2011 ke Pejabat HEP Selangor sebelum 15 November 2011, pihak kami telah menghantar senarai nama anda semua kepada pihak Lembaga Zakat Selangor mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.
3. Namun begitu, pihak Lembaga Zakat Selangor memaklumkan bahawa nama-nama tersebut perlu melalui beberapa proses sebelum akhirnya wang zakat disalurkan kepada anda semua.
4. Untuk makluman anda juga, pihak LZS telah melakukan proses semakan dan pemutihan dengan kerjasama JPA dan MARA untuk memastikan para pelajar yang tidak mendapat tajaan, pinjaman atau bantuan agensi berkenaan sahaja yang layak menerima bantuan zakat.
4. Selain itu, pihak Lembaga Zakat Selangor telah selesai menguruskan bantuan Dermasiswa Zakat Penuh Peringkat Pertama terus ke akaun pelajar pada pertengahan Januari 2012. Namun, bagi penerima Dermasiswa Zakat Penuh yang belum lagi menerima wang zakat anda pada peringkat pertama ini, Inshaallah, anda akan menerimanya pada peringkat kedua yang dijangka pada Bulan Februari 2012.
5. Untuk penerima Bantuan Umum Pelajaran(BUP) Pengajian Islam, Perubatan dan I'adah (Mengulang), bayaran akan diberikan melalui cek yang perlu diambil di Pejabat HEP Selangor Mesir selepas urusan penyaluran penerima Dermasiswa Zakat Penuh selesai.
6. Kepada pelajar yang menghantar keputusan peperiksaan selepas 15 November 2011 ke Pejabat HEP Selangor Mesir, anda akan menerima bantuan zakat lewat daripada para pelajar yang menghantar natijah pada waktu yang ditetapkan. Ini disebabkan pihak LZS telah memberi keutamaan kepada mereka yang menghantar awal untuk diproses bantuan zakat mereka.
7. Walaupun begitu, pihak kami berharap kepada pelajar yang masih lagi belum menghantar natijah peperiksaan anda ke pejabat, sila berbuat demikian demi memastikan bantuan zakat anda dapat disalurkan.
8. Sekiranya dalam tempoh proses yang sedang berjalan ini, para penerima Dermasiswa Zakat atau Bantuan Umum Pelajaran menghadapi masalah kewangan yang kritikal dan mendesak, sila bertemu dengan Pegawai HEP Selangor SECARA TERUS atau menghubungi beliau melalui talian hayat : 02- 24092392.
Sekian, Terima kasih.
Sekian, Terima kasih.