Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan MAJLIS RAMAH MESRA & MISI GAZA bersama ;
YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah Alam) dan
YB Dr. Siti Mariah Mahmud ( Ahli Parlimen Kota Raja)
Berikut adalah butiran program :
TARIKH : 25 NOVEMBER 2011 ( JUMAAT)
MASA : 1.45 PETANG
VENUE : DEWAN DARUL EHSAN, ASRAMA SELANGOR
Sebagai makluman, mereka baru sahaja keluar daripada bumi GAZA bersama-sama 26 ahli Parlimen daripada 15 negara seluruh dunia yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) yang bertujuan untuk menunjukkan sokongan dunia terhadap Palestin.
Majlis ini juga nanti akan diakhiri dengan bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah.
Seluruh pelajar Selangor dijemput hadir ke majlis ini.
Terima kasih.