WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 29 Ogos 2011

PERUTUSAN EIDULFITRI 1432H PEGAWAI HEP SELANGOR MESIR


  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Semoga Syawal yang tiba memberi sinar baru dalam diari kehidupan kita dalam menuju matlamat meraihkan kasih dan sayang Allah S.W.T.

Pada saat ini, marilah kita merenung kembali buat seketika tentang usaha-usaha ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Bulan Ramadhan. Kesungguhan kita itu sewajarnya kita jelmakan dalam kehidupan kita selepas Ramadhan.

Kita mulakan langkah dengan penuh yakin, bertekad dan keazaman yang jitu untuk kita meneruskan usaha murni yang kita telah buktikan sepanjang Bulan Ramadhan di dalam bulan-bulan yang lain. Kita jadikan 1 Syawal ini sebagai pemangkin kepada perubahan yang ingin kita lakukan dengan kita istiqamah melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T dan berusaha sedaya mungkin menjauhi segala laranganNya.

Eidulfitri merupakan satu lagi tanda sayang Allah S.W.T kepada orang yang beriman. Marilah kita mengisi nikmat Eidulfitri yang Allah kurniakan ini dengan sebaik mungkin dengan cara kita meraikan Hari Raya menepati kehendak Allah S.W.T seperti menghidupkan malam Eidulfitri dengan amalan berzikir dan membesarkan Allah dengan mengucapkan takbir, tasbih dan tahmid.

Selain itu, pada Hari Raya Eidulfitri ini sewajarnya menjadi medan mengukuhkan ukhuwwah dan persaudaraan sesama kita. Jadikanlah amalan kunjung mengunjung dan menziarahi saudara-mara dan sahabat-handai sebagai satu kemestian kerana penyatuan dan perpaduan merupakan tuntutan Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 10 yang bermaksud:

Sungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Saya mendoakan kepada seluruh warga Malaysia khususnya para Mahasiswa dan mahasiswi Selangor yang berada di Mesir, Jordan,Morocco dan Syria, semoga Ramadhan yang kita lalui pada kali ini memberi natijah kemenangan yang besar dalam diri dan seluruh kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Marilah kita berdoa semoga kita semua beroleh kecemerlangan yang diredhai Allah S.W.T, Insyaallah.

اللهُ أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، اللهُ أكبُر, وَللهِ الْحَمْدُ



MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
Cairo, Egypt.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail