WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 29 Mei 2011

MEMO PEJABAT HEP SELANGOR MESIR - KPI TARBIYAH




 MEMO


Daripada      : Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor, Mesir

Kepada        : Semua Mahasiswa Selangor Mesir (Banin / Banat)

Tarikh           : 25 Mei 2011

No. Rujukan : JAIS/HEP/01/09/05-02(10)

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

PENGUATKUASAAN PERLAKSANAAN KEY PERFORMANCE INDICATOR (K.P.I) TARBIYAH

Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah diwujudkan sebagai alat untuk menilai prestasi syakhsiyah Mahasiswa Selangor di Mesir secara tersusun dan bersistematik.

Arahan perlaksanaannya ini adalah sesuai dengan hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam segenap aspek termasuklah cemerlang disudut akademik, syakhsiah, akhlak dan ibadah.

Oleh itu, mulai 1 Jun 2011, Pejabat HEP Selangor Mesir akan menguatkuasakan perlaksanaan Key Performance Indicator (KPI) Tarbiyah kepada seluruh Mahasiswa Selangor yang menuntut di Mesir melalui beberapa perlaksanaan, iaitu :

A. Para pelajar yang berurusan di Pejabat HEP Selangor Mesir di kehendaki menghantar Buku KPI Tarbiyah anda kepada Pegawai HEP Selangor Mesir untuk beliau menyemak dan membuat penilaian prestasi tarbiyah anda.

B. Pastikan Buku KPI Tarbiyah anda telah ditandatangani terlebih dahulu oleh fasilitator(Naqib/ah) kumpulan ‘ISLAMIC CIRCLE' masing-masing sebelum menyerahkannya kepada pegawai.

C. Pegawai hanya akan menyemak Buku KPI Tarbiyah yang telah ditandatangani oleh fasilitator yang dilantik oleh Pejabat HEP Selangor Mesir sahaja.

D. Buku KPI Tarbiyah ini akan menjadi antara syarat untuk melayakkan pelajar memohon duduk di Asrama Selangor.

E. Seluruh Mahasiswa Selangor yang berada di Mesir WAJIB memiliki Buku KPI Tarbiyah ini.

F. Buku KPI Tarbiyah boleh di perolehi melalui :

                         1. Pejabat HEP Selangor Mesir                    02-24092392

                         2. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ;

                                     a. Muhammad Nor Radzie Bohari    014-2095448 (Ikhwah)
                                     b. Nur Hidayah binti Toher               011-4685696 (Akhawat)


Sekian, terima kasih.

“ MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH”

“AMANAH, PRIHATIN, MESRA”


Yang melaksanakan amanah,

MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
Kaherah, Mesir



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail