WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 4 April 2011

ZIARAH PEGAWAI KE RUMAH SEWA SIRI 2

Pejabat HEP Selangor meneruskan siri jelajah ke rumah-rumah sewa dengan tujuan untuk mengukuhkan ukhuwah yang sedia terjalin dengan para pelajar Selangor sambil menyelami permasalahan pelajar secara lebih dekat.

Kehadiran pihak pejabat yang diwakili oleh Ustaz Mohd Faryzan Subkhi selaku Pegawai HEP Selangor Mesir diberi sambutan cukup baik dan ceria oleh para pelajar. Saudara Izwan Sulaiman selaku wakil ahli rumah mengucap terima kasih dan rasa cukup gembira diatas kesudian pegawai negeri untuk turun bertemu pelajar.

Program yang turut disertai oleh Ahli Badan Pengurus PMRAM dan BKSAM diadakan dalam suasana kemesraan sambil berbincang tentang isu pendidikan, kebajikan dan keselamatan.

Sesi ucapan pegawai secara ringkas juga turut diadakan. Antara amanat penting pegawai ialah harapan beliau agar ukhuwah sesama pelajar sentiasa dipelihara dan meningkatkan kecemerlangan dalam segenap aspek kerana ia adalah matlamat utama kehadiran mereka ke Mesir. Disamping itu perkara lain yang perlu diberi perhatian khususnya soal keselamatan diri yang perlu dipelihara dalam suasana tidak menentu Mesir hari ini.

Program jelajah ini akan diteruskan ke rumah-rumah sewa yang lain dalam usaha pihak Pejabat HEP Selangor mencapai matlamat yang diharapkan.

Pejabat HEP Selangor mengucap ribuan terima kasih atas sambutan sohibul bait yang amat bermakna terhadap rombongan kami.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail