Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 30 Disember 2012

JADUAL PERKHIDMATAN TREMCO PERCUMA

Bersempena kedatangan musim Peperiksaan Fasa 1 2012/2013, Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sekali lagi menyediakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan Tremco PERCUMA khas untuk warga pelajar Selangor yang menuntut di Kaherah. Antara lain tujuan perkhidmatan ini disediakan ialah untuk memberi kemudahan dan kebajikan kepada pelajar Selangor dalam menghadapi peperiksaan pada setiap tahun. Harapan saya, semoga dengan kemudahan yang diberikan ini, dapat meningkatkan lagi prestasi keputusan para pelajar Selangor dalam peperiksaan bagi sesi 2012/2013 ini. SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT. Berikut adalah jadual perkhidmatan yang disediakan : ...

Rabu, 19 Disember 2012

BAYARAN SUMBANGAN WANG PERSEDIAAN PELAJAR IMTIHAN QABUL KALI KE 2

Bayaran ini adalah sumbangan Majlis Agama Islam Selangor kepada calon layak tajaan dermasiswa zakat Pengajian Islam Mesir sesi 2012/2013 tetapi tidak lulus semasa Imtihan Qabul melalui Yayasan Sofa di Malaysia dan pelajar telah berpeluang menduduki ujian ke 2 Imtihan Qabul di Mesir.  Bayaran ini telah diluluskan bagi bayaran persediaan melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar Selangor Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) Bil 1/2012 bertarikh 17 Ogos 2012. Bayaran cek tersebut boleh diambil di IBUPEJABAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, SHAH ALAM, SELANGOR.  Berikut adalah senarai nama pelajar yang menerima bayaran tersebut : Normal 0 false false false EN-US X-NONE ...

Page 1 of 37123Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail