Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 15 April 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PEJ. ATASE AGAMA JAKIM, KBMK

 Assalamualaikum wrt wbt.
Makluman kepada peserta warga pelajar Selangor di Mesir yang telah mendaftarkan diri dalam Kursus Pra Perkahwinan anjuran JAKIM, berikut adalah maklumat program :

Tarikh :16 - 17 April 2013 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Tempat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
Yuran : LE 150.00 seorang

Berikut dinyatakan senarai nama peserta yang berdaftar melalui Pejabat HEP Selangor Mesir :
BIL
NAMA
 NO. KAD PENGENALAN
NO. PASPORT
NO. TELEFON
1
Abdul Rahim bin Abd Latif
900925-14-5097
A 27385991
0114-3768482
2
Muhamad Amirul Firdaus bin Mohamad Yusof
890117-06-5455
A 20247575
011-6793183
3
Mohd Hisyam bin Mahadi
901006-85-5017
A 20308010
0115-8272846
4
Mohd Fadzrin bin Md Ali
880720-43-5749
A 20101209
0114-6121449
5
Muhamad Syuhada’ bin Museni
860716-43-6871
A 26882488
0112-2325252
6
Mohd Saifullah bin Abu Bakar
860224-33-5863
A 23705872

7
Najmuddin bin Mohd Sapie
850329-10-5467
A 19252192

8
Fikhry Hakim bin Fadzilullah
901228-14-5635
A 20307786

9
Abd Mun’im bin Abd Sukor
890318-43-5117
A 18948630

10
Nurul Sakinah bini  Bahrin
901021-10-6006
A20303701
0111-0412646
11
Nur Nasihah Sakinah binti Mahyudin
900825-10-5434
A22452544
0114-6797896
12
Siti Najwa binti Md Zin
880923-10-5096
A25705308
0111-9767885
13
Norhayaerma binti Md Ahayar
890312-10-5254
A27303827
0111-6391093
14
Tasnim binti Mohd Salleh
871006-10-5326
A23387375
0115-0894598
15
Noorain binti Harun
880404-10-5094
A25705310
0111-3682417
16
Siti Hajar Atika binti Mohamad Tarman
891106-10-5268
A27661274
0114-8194255
17
Khairom Mawaddah binti Baharom
871113-14-5104
A24049262
0111-3682376
18
Siti Nadia binti Mohd Anip
880627-43-5170
A 25457080
0111-8486213
19
Hakimah binti Mohamed
860424-56-5022
A 22645262
0111-1263103
20
Nurul Hafiqah binti Khazamal Hafifi Amos
911124-10-5670
A 22365237

 
Tentatif penuh program dilampirkan seperti berikut :


Selamat Berkursus....
Sekian. Wassalam.

Selasa, 9 April 2013

Larangan Pemakaian Niqab Di Dalam Premis Kedutaan Besar Malaysia

 

Tarikh:  4 April 2013


Kepada:

Semua HBS
KBMK/Agensi-Agensi Kerajaan Malaysia di Mesir


Assalamualaikum wbt,

YBhg. Datuk / Professor/ Tuan / Puan / Cik,

Dengan hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas dan memaklumkan perkara-perkara berikut:

(i)    Mesyuarat Ketua-Ketua (Antara) Agensi KBMK Bilangan 4 Tahun 2010 pada 5 Disember 2010 telah mengambil maklum arahan TYT Dato' Duta Besar supaya larangan dikenakan kepada para pelajar wanita yang memakai niqab daripada memasuki premis Canseri KBMK, Rumah Malaysia dan juga kenderaan KBMK;

(ii)    Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan Wisma Putra telah mengarahkan supaya tahap keselamatan fizikal bangunan Canseri dan juga HBS dan LRS di semua Perwakilan Malaysia di luar negeri dikaji semula dan diperbaiki.

2.    Bagi memastikan supaya  arahan-arahan di atas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, adalah dimaklumkan bahawa pengawal keselamatan dan juga penyambut tetamu di bangunan Canseri KBMK telah diminta supaya memastikan semua pelawat wanita mematuhi larangan supaya tidak memakai niqab semasa berada dan berurusan dengan staff KBMK / Agensi di bangunan Canseri KBMK.

3.    Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diminta untuk membantu memastikan supaya arahan TYT Dato' Duta Besar ini dipatuhi dengan memaklumkan dengan sewajarnya kepada tetamu wanita, khusus kepada para pelajar wanita Malaysia yang berurusan dengan KBMK.  Selain itu, sejajar dengan saranan TYT Dato' Duta Besar supaya larangan pemakaian niqab yang diambil oleh KBMK itu dicontohi dan dikuatkuasakan dengan menyeluruh di seluruh premis yang didaftarkan atas nama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, pihak pegawai sektor pendidikan juga adalah disyorkan untuk mempertimbangkan penguatkuasaan larangan ini
di bangunan-bangunan asrama dan DMAK di bawah seliaan masing-masing.

4.    Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Wasslam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


SHAIFUL ANUAR MOHAMMAD
Ketua Canseri KBMK


s.k.  TYT Dato' Duta Besar Malaysia ke Mesir


Selasa, 12 Mac 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG



IKLAN JAWATAN KOSONG

No. Fail : JAIS/PHEPSM/01/001/2013 (1)

Warganegara Malaysia, Selangor yang sedang berada di Republik Arab Mesir adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir.

1.         GELARAN/JAWATAN
Pembantu Tadbir (N17)

2.         GAJI
            Akan dirundingkan

3.         SYARAT-SYARAT JAWATAN
            Penempatan :          Pejabat HEP Selangor Mesir, Kaherah
           
            Syarat-syarat Umum :
i.                     Terbuka kepada warganegara Malaysia dan rakyat ke bawah DYMM Sultan Selangor yang sedang bermastautin di Republik Arab Mesir.
ii.                   Telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan tiada sebarang komitmen pengajian, kursus atau apa juga latihan pendidikan di Republik Arab Mesir.
iii.                  Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit atau penyakit berpanjangan.

Syarat-syarat Utama :
i.                     Mempunyai sijil SPM atau yang setaraf dengannya.
ii.                   Telah mencapai umur 25 tahun ke atas semasa tarikh tutup permohonan.
iii.                  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam tugas pengurusan persatuan, pengurusan fail dan surat-menyurat.
iv.                Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang seorang pembantu tadbir di Pejabat HEP Selangor Mesir.
v.                  Mahir dalam penggunaan komputer terutamanya program Microsot Excell dan Microsoft Word (AKAN DIBERI KEUTAMAAN).
vi.                Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis di dalam bahasa Arab atau bahasa Inggeris dengan baik (AKAN DIBERI KEUTAMAAN).
vii.               Mempunyai lesen memandu yang sah daripada pihak berkuasa Republic Arab Mesir.

 4.        CARA MEMOHON
4.1       Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i.                     Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini dan satu (1) keping gambar, beserta pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
ii.                   Satu (1) salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan.
iii.                  Satu (1) salinan Kad Pengenalan
iv.                Satu (1) salinan Passport dan visa terkini.

4.2       Segala dokumen dan maklumat yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
            Pegawai HEP Selangor Mesir
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
            Selangor Students Hostel
Malaysian students Complex
Toob El Ramly, Hayyu A’syir
Nasr City, Cairo
Arab Republic Of Egypt

Atau email kepada : pejhepselangor@yahoo.com

5.         TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac 2013. Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Sabtu, 23 Februari 2013

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR MALAYSIA KEPADA UST MOHD FARYZAN BIN SUBKHI SEKELUARGA

Assalamualaikum wrt wbt

Pejabat HEP Selangor di Mesir mengucapkan selamat pulang ke tanah air kepada mantan Pegawai HEP Selangor di Mesir al-Fadhil Ust. Mohd Faryzan bin Subkhi dan isteri beliau Pn. Nur Atiqah Catherine bt Abdullah serta keluarga yang akan berangkat pada hari ini, 23 hb Februari 2013 (Sabtu) melalui penerbangan Egypt Air.

Amat besar jasa dan bakti yang telah disumbangkan oleh beliau sepanjang berkhidmat selama 2 tahun (2010-2012) selaku Pegawai HEP Selangor di Mesir terutamanya dalam mengurus hal ehwal mahasiswa/wi dan menjaga kebajikan anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil. Syaksiah dan peribadi beliau amat dihormati bukan sahaja di kalangan mahasiswa/wi yang menuntut di sini, bahkan juga oleh pegawai-pegawai di kedutaan dan pegawai-pegawai negeri yang sentiasa bermuamalah bersama beliau.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau dan keluarga diberkati dan diganjari oleh Allah SWT. Segala pengalaman yang beliau perolehi di bumi Anbiya diharap mampu digunakan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat di tanah air Malaysia yang tercinta.

Pejabat HEP Selangor di Mesir dan seluruh anak-anak Selangor di Mesir mendoakan agar beliau sekeluarga dipermudahkan perjalanan pulang ke Malaysia dan diberikan kesejahteraan oleh Allah SWT. Semoga ukhuwwah yang terbina akan terus kukuh dan berkekalan.

Khamis, 14 Februari 2013

PEKELILING KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH : Masalah Urusan Pembaharuan Visa di Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah, Abbassiah




Assalamualaikum wbt,

YBhg. Datuk / Tuan,

Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara tersebut di atas.

2.    Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sedia maklum akan kesulitan majoriti pelajar Malaysia di sekitar Kaherah pada setiap tahun dalam memperbaharui visa yang hanya dibenarkan pada hari Sabtu sahaja. Dalam hal ini, KBMK telahpun mengambil beberapa langkah bagi memastikan supaya para pelajar Malaysia dapat diberikan kemudahan yang sewajarnya dalam menyelesaikan urusan memperbaharui visa di Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah. 

3.    Sementara menunggukan kemudahan yang sewajarnya diberikan oleh pihak berkuasa Mesir, KBMK ingin mencadangkan supaya salinan surat makluman balas daripada Kementerian Luar Negeri Mesir (Asia Tenggara dan ASEAN)  ruj. 43 bertarikh 5 Februari 2012 digunakan sebagai usaha sementara bagi menyelesaikan masalah hari yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah. Ini bermakna, selain daripada hari Sabtu, para pelajar disarankan juga untuk mencuba berurusan dengan pihak Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah pada hari Isnin.  Sila rujuk Lampiran.

4.    Segala maklum balas keberkesanan / masalah lain yang berkaitan dengan urusan ini bolehlah dimajukan kepada Setiausaha Kedua (Pentadbiran / Konsular) KBMK dan disalinkan kepada saya untuk tindakan susulan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

SHAIFUL ANUAR MOHAMMAD
Ketua Canseri
KBMK
  

s.k.    TYT Dato' Duta Besar

Rabu, 6 Februari 2013

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail