Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Isnin, 24 September 2012

SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU 2012/2013



Dikesempatan ini, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir selaku agensi yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor ingin merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah ini. Sesungguhnya Allah SWT telah memilih anda semua daripada sekian ramainya sahabat-sahabat kita di tanah air yang berkeinginan untuk hadir ke sini.
 
Oleh itu, sebagai langkah pertama menjejakkan kaki ke bumi ini, marilah kita semua menanamkan niat dan azam demi memastikan segala usaha dan kerja yang kita laksanakan sepanjang kehidupan di sini mendapat redha dan rahmat Allah SWT, tanamkan semangat, thabat dan pasakkan niat keberadaan kita di sini adalah semata-mata  untuk mencapai keredhaan Allah SWT, memperoleh segenggam kecemerlangan dalam akademik dan akhlak serta membina ukhuwah dan kesabaran sesama rakan taulan.
 
 
Sesungguhnya hari ini, anda semua telah bergelar mahasiswa. Allah telah mengangkat darjat kamu menjadi manusia yang lebih baik dan mulia. Sewajarnya sebagai seorang mahasiswa, inilah medan untuk kita mengaplikasikan segala teori yang dipelajari di dewan kuliah dan pengajian, inilah waktunya     untuk kita mengasahkan minda kita untuk lahir sebagai seorang yang berpandangan jauh dan bijak menangani segala permasalahan hidup. Saya berkeyakinan, dengan garapan ilmu dan praktikal ini akan melahirkan generasi  yang dapat memberi sumbangan yang besar terhadap tanah air kita yang tercinta.
 
 
Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, anda semua adalah menjadi harapan generasi warisan kepimpinan masa hadapan yang lebih gemilang. Anda semua bakal mencorakkan suasana negeri kita dengan corak Islam yang indah dan menarik. Anda semua bakal membentuk satu   masyarakat yang cinta Allah dan sanggup berkorban keranaNya. Oleh itu, mulakanlah dari sekarang untuk kita mencapai hasrat tersebut demi Islam, Ummah, Negara dan Negeri yang kita sayangi.
 
 
Saya mendoakan kepada seluruh mahasiswa Selangor yang bermukim di bumi Kinanah ini, semoga beroleh kejayaan dan kemenangan yang besar dalam diri, dan seluruh kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
 
 
 
AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN
 
 
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR
KAHERAH.

PENTING : PERUBAHAN TARIKH IMTIHAN QABUL DI MESIR


PENTING !

DIMAKLUMKAN BAHAWA PARA CALON YANG AKAN MENGAMBIL IMTIHAN QABUL BAHAWA , IMTIHAN TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA: 

HARI        : SABTU
TARIKH  : 29 SEPTEMBER 2012
MASA       : 9.00 PAGI
TEMPAT : MARKAZ LUGHAH, UNIVERSITI AL-AZHAR

SEHUBUNGAN ITU, PARA CALON DIKEHENDAKI MENYERAHKAN YURAN UJIAN KE PEJABAT HEP SELANGOR BERJUMLAH LE50.00 SELEWAT-LEWATNYA PADA 26 SEPTEMBER 2012 UNTUK PIHAK KAMI MENYERAHKAN YURAN TERSEBUT KEPADA PIHAK EDUCATION MALAYSIA OF EGYPT PADA PAGI 27 SEPTEMBER 2012.

Berikut adalah senarai penuh pelajar Selangor yang akan mengambil ujian Imtihan Qabul 2012/2013:

CALON TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


1.       WAN MUHAMMAD FAISAL BIN WAN MUSTAFA
2.       MUHAMMAD IQBAL BIN HASHIM
3.       MUHAMMAD NADZIF BIN MOHAMMAD ZAID
4.       MUHAMMAD KAMAL ASYURAF BIN JA’AFAR
5.       ABDUL AZIM BIN KAMARUL ZAMAN
6.       MEOR MUHAMMAD HAIKAL BIN MEOR HARUDIN
7.       AMIRULFARIDI BIN KHAIRUDDIN
8.       MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASHIM
9.       MOHAMMAD SYAFIQ BIN AMRAN
10.   ZULFAHMI BIN SAMSUDIN
11.   NURUL ADHA BIN SA’ABANI
12.   MUHAMMAD FADLILLAH BIN MOHAMAD MAAROF
13.   MUHAMMAD HAFIZ BIN RASIMI
14.   MUHAMMAD ALIF BIN AHMAD
15.   KAMARUL AZZELY BIN MOHAMAD KAMAL
16.   MOHAMAD NAZRIN BIN RUSLAN
17.   MUHAMMAD MAKHZUNNOOR BIN MOHD KAMAL
18.   MUHAMMAD RABBANI BIN ROSLAN
19.   AHMAD MUIZZUDDIN BIN MOHAMAD KAMARUL ZAMAN
20.   NURSHAIRAH BINTI HAMZAH
21.   SAADAH BINTI ABDUL RAHIM
22.   NORSHAFIKAH BINTI ABD NASIR
23.   NURUL ‘ADNIN BINTI MOHD HALIN
24.   ZAHRATUL HUSNA BINTI HASAN
25.   NAZATUL AININ SHAHILA BINTI MOHD RAMLI
26.   FATIN NADZIRA BINTI MAHADZIR
27.   FARAH IZZATI BINTI MOHAMMED RAIS
28.   SYAIDATUL HUMAIRA BINTI MOHD NAIM
29.   NUR E’ZZATI BINTI AHMAD MAHIR
30.   RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL ZABAR
31.   NURUL FADIELA BINTI AHMAD
32.   NUR SYAHIRAH BINTI ASLAH
33.   NORSYAHIDAH BINTI NOR AZLI
34.   NORA BINTI NOOR RUSDEEN
35.   FATIMAH AZZULFA BINTI MAT YEE
36.   NURDIANA BINTI ABDUL RAHMAN
37.   NURUL ‘IFFAH BINTI NORHUSAINI
38.   NUR ALEENA IZZATI BINTI TAHIR
39.   NUR FARRAH AIN BINTI ZAIDI
40.   NUURUNNAZIFAH BINTI KAHAR MUZAKKIR
41.   NUR AZMINA BINTI MOHD RAMDZAN
42.   SYAFINAZ BINTI KAMAL
43.   HANAN AL-AMIN EL-AZZAM BINTI AHMAD FUAD AZAM
44.   NUR QURRATUAINI BINTI MOHAMAD FOZI
45.   SYAZA IZZATI BINTI HAIRUMIN

CALON PERSENDIRIAN

1.       IZZATUL KHAIR BINTI OTHMAN
2.       WAN PUTRI FAIRUZ BINTI KAMAL
3.       MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUNIR
4. NORHALIDA BINTI ZULKIFLI
 


  

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail