Assalamualaikum wbt,
YBhg. Datuk / Tuan,
Saya dengan hormatnya ingin merujuk perkara tersebut di atas.
2. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sedia maklum akan kesulitan majoriti pelajar Malaysia di sekitar Kaherah pada setiap tahun dalam memperbaharui visa yang hanya dibenarkan pada hari Sabtu sahaja. Dalam hal ini, KBMK telahpun mengambil beberapa langkah bagi memastikan supaya para pelajar Malaysia dapat diberikan kemudahan yang sewajarnya dalam menyelesaikan urusan memperbaharui visa di Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah.
3. Sementara menunggukan kemudahan yang sewajarnya diberikan oleh pihak berkuasa Mesir, KBMK ingin mencadangkan supaya salinan surat makluman balas daripada Kementerian Luar Negeri Mesir (Asia Tenggara dan ASEAN) ruj. 43 bertarikh 5 Februari 2012 digunakan sebagai usaha sementara bagi menyelesaikan masalah hari yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah. Ini bermakna, selain daripada hari Sabtu, para pelajar disarankan juga untuk mencuba berurusan dengan pihak Pejabat Pasport Imigresen Buuth Islamiah pada hari Isnin. Sila rujuk Lampiran.
4. Segala maklum balas keberkesanan / masalah lain yang berkaitan dengan urusan ini bolehlah dimajukan kepada Setiausaha Kedua (Pentadbiran / Konsular) KBMK dan disalinkan kepada saya untuk tindakan susulan sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
SHAIFUL ANUAR MOHAMMAD
Ketua Canseri
KBMK
s.k. TYT Dato' Duta Besar