Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Khamis, 6 September 2012

SELAMAT DATANG MAHASISWA/WI BARU 2012/2013 KE TIMUR TENGAH

(Berbondong-bondong datang ke Timur Tengah)


Pejabat HEP Selangor Mesir ingin mengucapkan "AHLAN WA SAHLAN - SELAMAT DATANG" kepada para Mahasiswa/wi yang akan melanjutkan pengajian Timur Tengah bagi sesi 2012/2013.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk meyambung pengajian ke Timur Tengah. Semoga beroleh kejayaan disepanjang pengajian anda disini.

Terima kasih.

JADUAL PENERBANGAN PELAJAR BARU KE MESIR


TARIKH PERJALANAN NO. P’GAN BERLEPAS TIBA
25-Sept-12 KUL-CAI MS 961 22:00 05:40 +1

JADUAL PENERBANGAN PELAJAR BARU KE JORDAN

 
TARIKH PERJALANAN NO. P’GAN BERLEPAS TIBA
07-Sept-12 KUL-AMM RJ 181 22:10 05:15 +1


JADUAL PENERBANGAN PELAJAR BARU KE MOROCCO


JADUAL PENERBANGAN (QATAR AIRWAYS)
NO. FLIGHT TARIKH DESTINASI WAKTU/JAM
QR625 08-Sept KUALA LUMPUR / DOHA 2100 / 2330
QR550 09-Sept DOHA / CASSABLANCA 0145 / 0930


Selasa, 4 September 2012

PENGHANTARAN NATIJAH PEPERIKSAAN 2011/2012


                                                                                  ( Foto:  Sekadar hiasan Sahaja)
Perhatian kepada para pelajar Selangor khasnya penerima Dermasiswa Zakat dan Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor, anda dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan masing-masing ke pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir di Kaherah sebelum 31 OKTOBER 2012.

Bagi pelajar yang berada jauh di muhafazah atau di Malaysia yang tidak dapat menghantar secara 'by-hand' ke pejabat, anda boleh menghantar natijah tersebut secara email di farie_z@yahoo.com dengan dilampirkan natijah anda beserta butiran lengkap peribadi iaitu :

(1) NAMA PENUH
(2) NOMBOR KAD PENGENALAN
(3) KULIAH PENGAJIAN
(4) NAMA UNIVERSITI
(5) TAHUN PENGAJIAN SESI 2011/2012
(6) TAHUN PENGAJIAN SESI 2012/2013 ( NAIK TAHUN @ GAGAL & MENGULANG TAHUN)
(7) STATUS BANTUAN ( DERMASISWA ZAKAT atau  BANTUAN UMUM PELAJARAN)

Kerjasama daripada semua amat diharapkan.



Terima kasih.

Ahad, 2 September 2012

PENGUMUMAN PENANGGUHAN PROGRAM MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN HARI RAYA PENGERUSI MAIS BERSAMA IBUBAPA PELAJAR SELANGOR PENERIMA DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM RAMAH MESRA PENGERUSI MAIS BERSAMA IBU BAPA PELAJAR MESIR YANG SEPATUTNYA DIADAKAN PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT DIBAWAH, DI TANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN NANTI. KESULITAN AMAT DIKESALI.

TERIMA KASIH.


b.p Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


MAKLUMAN KEPADA PARA IBU/BAPA PENERIMA DERMASISWA PELAJAR,
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke majlis ramah mesra dan jamuan sambutan hari raya pengerusi MAIS bersama ibu bapa pelajar Selangor yang menerima Dermasiswa Zakat dan masih menuntut di Mesir.

Majlis tersebut akan di diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh                :           22 September 2012 | 06 Zulkaedah 1433H | Sabtu

Tempat             :           Dewan Solat Bawah 
Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (Masjid Negeri)
Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam, Selangor.

Masa                :           9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Untuk makluman tuan/puan, majlis ini diadakan dengan rasa tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS ke atas pencapaian kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Selangor di Mesir dengan bertukar-tukar maklumat diantara penaja dan ibu bapa pelajar.

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi sama-sama memastikan pencapaian kecemerlangan pelajar serta mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penaja dan ibu bapa pelajar.  Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

p.s : PIHAK PEJABAT HEP SELANGOR MESIR MEMOHON KEPADA PARA PELAJAR MESIR YANG MENERIMA DERMASISWA ZAKAT AGAR MEMAKLUMKAN KEPADA IBU/BAPA/PENJAGA MASING-MASING BERKAITAN JEMPUTAN INI. TERIMA KASIH. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail