Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Selasa, 20 September 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KE BUMI MESIR



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dikesempatan ini, saya selaku pegawai yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor ingin merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan kaki ke Ard kinanah ini. Sesungguhnya Allah SWT telah memilih anda semua daripada sekian ramainya sahabat-sahabat kita di tanahair yang berkeinginan untuk sampai ke sini.
Oleh itu, sebagai langkah pertama menjejakkan kaki ke bumi ini, saya ingin berpesan agar anda semua menanamkan niat dan azam demi memastikan segala usaha dan kerja yang kita laksanakan sepanjang kehidupan di sini mendapat redha dan rahmat Allah SWT. Tanamkan azam, kukuhkan thabat dan pasakkan niat keberadaan kita di sini adalah semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah SWT, memperoleh segenggam kecemerlangan dalam akademik dan akhlak dan membina ukhuwah dan kesatuan sesama rakan dan sahabat.
Hari ini, anda semua telah bergelar mahasiswa. Allah telah mengangkat darjat kamu menjadi manusia yang lebih baik dan berguna. Sewajarnya sebagai seorang mahasiswa, inilah medan untuk kita mengaplikasikan segala teori yang pelajari di dewan kuliah dan pengajian, inilah waktunya untuk kita mengasakkan minda kita untuk lahir sebagai seorang yang berpandangan jauh dan bijak menangani segala permasalahan hidup.
Saya berkeyakinan, dengan garapan ilmu dan praktikal ini akan melahirkan generasi yang dapat memberi sumbangan yang besar terhadap tanahair kita yang tercinta.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, anda semua adalah menjadi harapan generasi warisan kepimpinan masa hadapan yang lebih gemilang. Anda semua bakal mencorakkan suasana negeri kita dengan corak Islam yang indah dan menarik. Anda semua bakal membentuk satu masyarakat yang cinta Allah dan sanggup berkorban keranaNya. Oleh itu, mualakanlah dari sekarang untuk kita mencapai hasrat tersebut demi Islam, Ummah dan negera/negeri kita.
Saya mendoakan kepada seluruh  mahasiswa Selangor yang bermukim di Bumi Mesir, semoga beroleh kejayaan dan kemenangan yang besar dalam diri dan seluruh kehidupan kita di dunia dan di akhirat.


MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
PEGAWAI
HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail