Selamat Datang

Portal ini merupakan alternatif kepada pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan informasi berkaitan pengumuman , aktiviti dan program terkini yang melibatkan Pejabat HEP dan para pelajar Selangor di Mesir

Segala artikel,pengumuman dan berita yang tersiar adalah merupakan suara pejabat HEP Selangor namun segala komentar dan pandangan adalah pandangan peribadi pelayar ,bukan mewakili Pejabat HEP Selangor.segala pertanyaan ,aduan dan pandangan boleh dirujuk kepada Pejabat HEP Selangor Mesir +20224092392

WAKTU PERKHIDMATAN KAMI : HARI AHAD - KHAMIS ( WAKTU : 8.30AM - 3.30PM / REHAT : 12PM -1PM )

AHLAN WA SAHLAN..KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

Ahad, 24 Jun 2012

MAKLUMAN KEPADA YANG INGIN PULANG KE MALAYSIA ATAU KELUAR DARIPADA MESIR



Peringatan kepada para pelajar Selangor yang sedang menuntut di Mesir yang berhasrat untuk pulang bercuti ke Malaysia atau ke tempat-tempat lain di luar daripada Mesir, sila isi BORANG PEMAKLUMAN KELUAR DARIPADA MESIR/PULANG KE MALAYSIA di Pejabat Hal-Ehwal Pelajar Selangor Mesir di Kaherah.

Ini bagi tujuan perekodan dan pemakluman pihak kami terhadap lokasi/kedudukan terkini anda disamping memudahkan informasi sekiranya ada pertanyaan atau berlaku situasi yang tidak diduga.

Kerjasama daripada semua amat diharapkan.

Selamat menikmati percutian anda.

Terima kasih.

Selasa, 12 Jun 2012

TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR




PENGENALAN
Kes-kes rawatan kecemasan, perubatan dan kemalangan kadangkala berlaku di kalangan para pelajar Selangor yang menuntut di Mesir tanpa dirancang dan diduga. Ia melibatkan kos perubatan yang tinggi bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diperolehi serta rawatan atau penyakit yang dialami.

Para pelajar mempunyai kemampuan yang amat terbatas untuk menanggung kos rawatan yang melibatkan penyakit yang kritikal, pembedahan atau kemalangan yang memerlukan mereka menerima rawatan yang intensif dan sempurna. Ditambah lagi dengan sistem dan birokrasi yang sedia wujud di sini memerlukan pelajar mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan rawatan dan perhatian yang terbaik.

Atas rasa prihatin dan memahami kesukaran yang berlaku, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat Selangor telah mewujudkan “TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR” bertujuan memastikan urusan perubatan dan rawatan yang melibatkan kos dan bayaran dapat diselesaikan dengan segera seterusnya para pelajar dapat menjalani rawatan dengan baik dan sempurna.  

FOKUS DAN TUJUAN
TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR diwujudkan adalah memfokuskan untuk memberi bantuan kepada para pelajar yang menuntut di Mesir sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan dengan kadar segera dalam amaun yang ditetapkan yang melibatkan perbelanjaan perubatan sahaja.

Bantuan yang disalurkan adalah untuk meringankan beban pelajar yang berbentuk sumbangan dan bukannya pinjaman.

TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR ini berkuatkuasa mulai 1 JUN 2012.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHONAN

1.   Pemohon hendaklah pelajar Selangor dan penerima Dermasiswa Zakat Penuh Pelajaran secara rasmi oleh Lembaga Zakat Selangor.
2.     Pemohon masih penuntut universiti di Mesir yang diiktiraf semasa permohonan dibuat.
3.     Tanggungan pemohon iaitu isteri/suami dan anak adalah layak menerima bantuan ini.
4.     Pemohon/tanggungan wajib mengisi borang permohonan serta menyediakan dokumen yang diperlukan.

KRITERIA/KATEGORI SAKIT KECEMASAN
Tabung bantuan ini membiayai kos rawatan kecemasan, rawatan klinikal,  ubat-ubatan atau pembedahan yang memerlukan pemohon/tanggungan tinggal di wad dalam tempoh tertentu.

KAEDAH PEMBAYARAN
Pihak Pejabat HEP Selangor akan membuat bayaran terus caj rawatan kepada pihak hospital mengikut amaun pada resit/surat tuntutan hospital, bukan kepada pemohon/tanggungan terbabit.

HAD MAKSIMUM BANTUAN
  • Pemohon/tanggungan berhak menerima bantuan kecemasan berdasar kepada:
a.       Rawatan kali pertama tetapi tidak melebihi caj/kos bil daripada RM3,000.00 (bersamaan 
       EGP5,670.00)* ataupun mengikut resit yang dikeluarkan oleh pihak hospital (mana lebih rendah ) 

atau;

b.   Rawatan untuk beberapa kali tetapi jumlah keseluruhan caj/kos bil rawatan tidak melebihi RM3,000.00 (bersamaan EGP5,670.00)* setahun dalam tahun semasa.

  • Bagi caj/kos bil rawatan yang melebihi RM3,000.00 dan ke atas dalam setahun, bakinya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak pemohon yang terlibat.
*Berdasar kepada pertukaran nilai matawang :  RM100 = EGP189.00

DOKUMEN  DIPERLUKAN
Pemohon/ tanggungan hendaklah mengisi dan melampirkan :

1.       Borang permohonan yang diisi lengkap;
2.       Salinan passport pemohon dan tanggungan;
3.       Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan;
4.       Dokumen pengesahan doktor atau resit/bil rawatan hospital.
 
SENARAI HOSPITAL PANEL

KAHERAH
 
Hospital Raba’ah
Raba’ah, Kaherah.

Hospital Fatimah Az-Zahra’
Raba’ah, Kaherah.

Hospital Taufiqiah
Abas Aqad, Kaherah.

Hospital Faransawi 
Qasrl Ain

MANSOURA

Hospital Tolabah
Mansoura University

ISKANDARIAH

Hospital Mabrah,
Iskandariah

TANTA

Hospital Tibba
 Tanta

Hospital Ruslan
 Tanta

ZAQAZIQ

Hospital Taisir
Mauaf Mansurah, Zaqaziq

Hospital Hamdi Said
Mauaf Mansurah, Zaqaziq

DUMYAT

Hospital Al-Azhar
Hayyu Sadis

SHUBRA

Hospital Nasrul Islam,
Shubra

DAMANHUR

Hospital Al-Azhar
Damanhur

Mustashfa Darul Salam
Damanhur

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR 
02-34092392

Khamis, 31 Mei 2012

SALAM IMTIHAN SALAM KEJAYAAN


Salam Imtihan kepada semua. Doa dan harapan kami agar anda semua beroleh kejayaan dengan cemerlang.

Khas daripada :

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir,
Embassy of Malaysia,
Thooba El Ramly, Hayyu Asyir,
Arab Republic of Egypt.

Selasa, 15 Mei 2012

PERKHIDMATAN TREMCO SEMPENA IMTIHAN 2012

Sempena Imtihan Fasa 2 sesi 2011/2012 yang bakal tiba, dengan matlamat untuk Mahasiswa/wi Selangor Mesir mencapai kejayaan yang cemerlang, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan Tremco bagi memudahkan para pelajar menghadiri imtihan masing-masing.

Semoga kemudahan yang disediakan ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar untuk terus cemerlang, Insyaallah.

Berikut adalah Jadual Perkhidmatan Tremco Peperiksaan Fasa 2 2011/2012 bagi pelajar ekhwah dan akhwat. Diharap agar para pelajar mengikuti jadual perkhidmatan yang disediakan :

(Sila klik pada gambar untuk pembesaran)
JADUAL PERKHIDMATAN BAGI EKHWAH - WAKTU PERKHIDMATAN : 7.30 pagi - 8.00 pagi


Tambah kapsyen

Tambah kapsyen

 JADUAL PERKHIDMATAN UNTUK AKHAWAT - SESI PAGI : 9.30 pagi - 12.30 tengahari





Tambah kapsyen


 SESI PETANG : 1.00 petang - 4.00 petang



Tambah kapsyen

Isnin, 14 Mei 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG


Ahad, 29 April 2012

MAJLIS RAMAH MESRA & PERASMIAN RUMAH SELANGOR 2012



Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir akan mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Asrama Selangor yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

Sehubungan itu, kami dengan penuh takzim dan berbesar hati ingin menjemput SELURUH MAHASISWA SELANGOR yang menuntut di Mesir ke Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Bangunan Asrama Selangor Hayyu ‘Asyir pada :

TARIKH     : 1 MEI 2012
HARI           : SELASA
MASA         : 7.00 MALAM
TEMPAT     : DATARAN HAYYU ‘ASYIR, KAHERAH
TENTATIF  : sila rujuk lampiran 

Semoga kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis ini dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. 

TENTATIF MAJLIS

SESI PERTAMA

07.00 MALAM               - Kehadiran Pelajar
                                    - Kehadiran Tetamu Jemputan
08.00 MALAM               - Ketibaan VIP ke Pentas (dengan iringan selawat)
- Nasyid Asmaulhusna
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ 
- Nyanyian Lagu Negeri Selangor
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Bacaan Al-Quran
- Ucapan 1
  Oleh : Sahibus Sa’adah Dato’ Marzuki bin Hussin
              Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

- Ucapan 2
                                      Oleh : T.Y.T Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti
             Duta Besar Malaysia ke Kaherah

- Ucapan Perasmian
  Oleh : Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa
             Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

- Gimik Perasmian
- Penyampaian Cenderamata Perasmian

SESI KEDUA

9.30 MALAM                - Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Selangor
- Penyampaian Sumbangan Tahunan kepada Badan Kebajikan Anak    
                                      Selangor Mesir (BKASM)
- Penyampaian Cenderamata
10.45 MALAM               - Jamuan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail