PENGENALAN
Kes-kes rawatan kecemasan, perubatan dan kemalangan kadangkala berlaku
di kalangan para pelajar Selangor yang menuntut di Mesir tanpa dirancang dan
diduga. Ia melibatkan kos perubatan yang tinggi bergantung kepada tahap perkhidmatan
yang diperolehi serta rawatan atau penyakit yang dialami.
Para pelajar mempunyai kemampuan yang amat terbatas untuk menanggung kos
rawatan yang melibatkan penyakit yang kritikal, pembedahan atau kemalangan yang
memerlukan mereka menerima rawatan yang intensif dan sempurna. Ditambah lagi
dengan sistem dan birokrasi yang sedia wujud di sini memerlukan pelajar
mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan rawatan dan perhatian yang
terbaik.
Atas rasa prihatin dan memahami kesukaran yang berlaku, Pejabat Hal
Ehwal Pelajar Selangor Mesir dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat
Selangor telah mewujudkan “TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR
MESIR” bertujuan memastikan urusan perubatan dan rawatan yang melibatkan
kos dan bayaran dapat diselesaikan dengan segera seterusnya para pelajar dapat menjalani
rawatan dengan baik dan sempurna.
FOKUS DAN TUJUAN
TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR MESIR diwujudkan adalah memfokuskan untuk memberi bantuan
kepada para pelajar yang menuntut di Mesir sekiranya mereka menghadapi masalah
kewangan dengan kadar segera dalam amaun yang ditetapkan yang melibatkan
perbelanjaan perubatan sahaja.
Bantuan yang
disalurkan adalah untuk meringankan beban pelajar yang berbentuk sumbangan dan
bukannya pinjaman.
TABUNG BANTUAN KECEMASAN PELAJAR SELANGOR
MESIR ini berkuatkuasa mulai 1 JUN 2012.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHONAN
1. Pemohon hendaklah pelajar Selangor dan penerima Dermasiswa Zakat Penuh
Pelajaran secara rasmi oleh Lembaga Zakat Selangor.
2.
Pemohon masih penuntut universiti di Mesir yang diiktiraf semasa
permohonan dibuat.
3.
Tanggungan pemohon iaitu isteri/suami dan anak adalah layak menerima
bantuan ini.
4.
Pemohon/tanggungan wajib mengisi borang permohonan serta menyediakan dokumen
yang diperlukan.
KRITERIA/KATEGORI SAKIT KECEMASAN
Tabung bantuan ini membiayai kos rawatan kecemasan, rawatan klinikal, ubat-ubatan atau pembedahan yang memerlukan
pemohon/tanggungan tinggal di wad dalam tempoh tertentu.
KAEDAH PEMBAYARAN
Pihak Pejabat HEP Selangor akan membuat bayaran terus caj rawatan kepada
pihak hospital mengikut amaun pada resit/surat tuntutan hospital, bukan kepada
pemohon/tanggungan terbabit.
HAD MAKSIMUM BANTUAN
- Pemohon/tanggungan berhak menerima bantuan kecemasan berdasar kepada:
a.
Rawatan kali pertama tetapi tidak melebihi caj/kos bil daripada RM3,000.00
(bersamaan
EGP5,670.00)* ataupun mengikut resit yang dikeluarkan oleh pihak
hospital (mana lebih rendah )
atau;
b. Rawatan untuk beberapa kali tetapi jumlah keseluruhan caj/kos bil
rawatan tidak melebihi RM3,000.00 (bersamaan EGP5,670.00)* setahun dalam
tahun semasa.
- Bagi caj/kos bil rawatan yang melebihi RM3,000.00 dan ke atas dalam setahun, bakinya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak pemohon yang terlibat.
*Berdasar kepada pertukaran nilai matawang : RM100 = EGP189.00
DOKUMEN
DIPERLUKAN
Pemohon/ tanggungan hendaklah mengisi dan melampirkan :
1.
Borang
permohonan yang diisi lengkap;
2.
Salinan
passport pemohon dan tanggungan;
3.
Salinan
kad pengenalan pemohon dan tanggungan;
4.
Dokumen
pengesahan doktor atau resit/bil rawatan hospital.
SENARAI
HOSPITAL PANEL
KAHERAH
Hospital Raba’ah
Raba’ah, Kaherah.
Hospital Fatimah Az-Zahra’
Raba’ah, Kaherah.
Hospital Taufiqiah
Abas Aqad, Kaherah.
Hospital Faransawi
Qasrl Ain
Qasrl Ain
MANSOURA
Hospital Tolabah
Mansoura University
ISKANDARIAH
Hospital Mabrah,
Iskandariah
TANTA
Hospital Tibba
Tanta
Hospital Ruslan
Tanta
ZAQAZIQ
Hospital Taisir
Mauaf Mansurah, Zaqaziq
Hospital Hamdi Said
Mauaf Mansurah,
Zaqaziq
DUMYAT
Hospital Al-Azhar
Hayyu Sadis
SHUBRA
Hospital Nasrul Islam,
Shubra
DAMANHUR
Hospital Al-Azhar
Damanhur
Mustashfa
Darul Salam
Damanhur
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR
02-34092392