( Foto: Sekadar hiasan Sahaja)
Perhatian kepada para pelajar Selangor khasnya penerima Dermasiswa Zakat dan Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor, anda dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan masing-masing ke pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir di Kaherah sebelum 31 OKTOBER 2012.
Bagi pelajar yang berada jauh di muhafazah atau di Malaysia yang tidak dapat menghantar secara 'by-hand' ke pejabat, anda boleh menghantar natijah tersebut secara email di farie_z@yahoo.com dengan dilampirkan natijah anda beserta butiran lengkap peribadi iaitu :
(1) NAMA PENUH
(2) NOMBOR KAD PENGENALAN
(3) KULIAH PENGAJIAN
(4) NAMA UNIVERSITI
(5) TAHUN PENGAJIAN SESI 2011/2012
(6) TAHUN PENGAJIAN SESI 2012/2013 ( NAIK TAHUN @ GAGAL & MENGULANG TAHUN)
(7) STATUS BANTUAN ( DERMASISWA ZAKAT atau BANTUAN UMUM PELAJARAN)
Kerjasama daripada semua amat diharapkan.